Thursday, February 16, 2012

Sedih dan gembira Bersama....

Assalamualaikum, apa khabar blog saya!!!
   Lama dah tak bertemu dalam blog terchenta, atas kesibukan yang melanda diri saya… kehidupan yang sangat sibuk dan menyesakkan saya telah membuatkan diri saya tersangat sibuk..
  Pada 10 & 11 Februari 2012 kitorang telah pergi lawatan ke Terengganu. Tidak dapat digambarkan nikmatnya dapat pergi lawatan ke Terengganu selepas sebulan kitorang menghadapi keperitan dalam menguruskan program ni… disebabkan terlalu gembira aku nak tulis panjang-panjang….
   Memula kitorang berkumpul kat perkarangan MkL.. kitorang semua peserta dan urusetia makan bersama-sama, and then lepas ayah wan datang..( dia adalah pemandu bas kias yang baik hati ) kitorang pun letak beg dalam bas…. Aduh, nak kata Allah masih menguji kitorang.. untuk kuatkan kitorang… nak bertolak kemain susah bila ada kawan (hadi ngan din) kitorang yang macam dah fed-up je dengan someone… huh, aku pun fed-up je.. tapi bersabar..kerana kesabaran itu separuh daripada iman.
    Ok, perjalanan kitorang macam biasa Cuma aku menghadapi masalah kemabukan dalam kenderaan.. tapi kegembiraan dan ketawa kawan-kawan membuatkan mabuk aku hilang entah kemana… aku macam tak percaya je yang aku dan kengkawan aku boleh naik bas dan berjalan ke Terengganu.
   Bas kitorang berhenti di masjid terapung kat marang…huuu…cantik masjid tu..Subhanallah memang cantek gilerr…. Best sangat… lepas tu kitorang gi ke kedai-kedai yang ada jual keropok losong… (^^).. and then kitorang bertolak ke penginapan kat Marang… tempat diye best, depan pantai.
    Jalan-jalan kat pantai mengingatkan kita pada kekuasaan Allah kan, buat kita rasa diri kita kerdil dan hina.. semuanya atas kekuasaan Allah.. dekati Allah dengan melihat kebesarannya..




 Kitorang pakai baju kurung jalan-jalan kat pantai… tak salah kan??

      
 Dalam gambar ni, zakaria ( baju merah) pengarah program kitorang.. sebelah dia Aziz, setiausaha program.. diorang baik dan macam budak-budak.. entah apa yang diorang cari kitorang tak tahu… diorang adalah tulang belakang program yang banyak bantu melancarkan program ini…
     
     Banyak kenangan ngan kengkawan yang sekepala ngan kitorang malam tu…. Best giler bila dapat duduk ngan satu geng kan, hahaha kita kan geng.. hohoo geng kitorang aku, iman, syahirah, k.nisyak, aiesyah, ayu, kwani, suraya, din, ngan hadi..haha memang sekepala.. kitorang kongsi masalah sesame..kongsi kegembiraan sesame… seronok.. ok, best friend forever yea!!  Kitorang makan ayam makan bbQ.. malam itu kitorang kena muhasabah diri sebab banyak buat silap dalam program.. pesanan wafiy memang bermakna untuk kitorang.. terima kasih bro,.. wafiy yang pada mulanya datang kitorang ingat akan menganggu perjalanan program..alhamdulillah dia datang bagi semangat kat kitorang plak.. terima kasih lagi sekali..
Aku nagan Iman kat depan chalet…kalau kitorang jumpe mesti hingar binger bilik tu…..
kitorang wat ape ek...… oh, lupa tunggu nasi dagang lama sangat hahaha kitorang makan nasi dagang yang sedap..

     Aku tak tahu la apa yang best sangat kat program ni… memang semua orang selamber.. tapi kitorang masih jaga syara’ walaupun kadang-kadang tersilap..moga Allah ampunkan kesalahan kitorang. Pagi tu kitorang breakfirst sama-sama.. kitorang breakfirst kat luar bilik..huhu memang mantap, bising dan kecoh giler..huhuuhu rindu zaman sekolah dulu…

Tangga naik ke muzium….
Pintu masuk kedua selepas pertama…. Dalam muzium ni ada batu bersurat..xde gambar sebab kitorang tak dibenarkan membawa kamera…. Batu bersurat yang real..so awesome!!!
k.wani, syahirah ngan ayu,.. syahirah aku tak tak tahu la apa yang membuatkan di terlampau bizi… sampai gambar dia ngan kitorang pun tak banyak.. syahirah ni orang kuat program.. banyak benda yang dah hadapi be strong friend!! Allah always be with you..
      First destinasi kitorang adalah muzium Terengganu, muzium yang terbesar kat Asia Tenggara yang bestnye muzium tu memang besar giler kot..lenguh kaki aku berjalan nak pusing satu muzium tu..lepas satu bangunan satu bangunan lagi… huh, tak habis-habis.. penat bro.. kat muzium ni kitorang jalan berempat jer.. yang laen tak tahu???? Oho jumpe mamat yang paling hensem di alam Malaya…kah4.. <3.
Dalam gambar ni semua pelajar kemboja..tak banyak gambar diorang sebab diorang ni pemalu nak ambik gambar gune kamera muslimat.. so , kitorang ambik gambar curi je lah…
Mamat hok pakai baju hitam tu yang hensem….. subhanallah…
fakhruddin a.k.a din
     
Gambar atas nie Fakhruddin, kawan kitorang yang bekerja kuat..bawahnye plak Hadi.. walaupun dia peserta tapi dia banyak bantu kitorang uruskan program ni… pape pon terima kasih sebab korang memang sangat bekerja keras.. semoga Allah balas jasa baik korang bro sekalian…..

 siapa ambil gambar siapa ni… kat replika kapal..
Dalam kawasan ni ada sungai dengan taman burung kot.. tapi ada lagi bangunan yang kitorang tak pergi sebab takde masa…
Yang ni kat luar muzium. Kat replika kapal...selepas penat berjalan di muzium yang terbesar kat asia tenggara…
Puan Rosnani menyampaikan cenderahati dari pihak KIAS kepada Pihak muzium, menandakan yang kitorang dah pernah membuat lawatan ke Muzium Terengganu.
      Pengembaraan kitorang memang menyeronokkan… walaupun hanya di muzium Terengganu… pengembaraan yang memenatkan tapi membawa seribu satu kenangan yang tak mungkin dilupakan.. and then, kitorang gi Taman Tamadun Islam… kat sini pun tersangat lah best… turun-turun bas kitorang gi naek bot.. mula-muala aku tak nak naek sebab aku sakit mata..pedih kot kena angin.. tapi diorang sume pujuk aku..geng aku la hahahaha pujuk aku, dan akhirnya aku pun ikut gak.. tengok lah gambar kitorang atas bot ni… seronok betol. Kitorang diberi penerangan yang sangat mendalam sepanjang pelayaran haaha poyo giler ayat..
Kitorang atas bot.. background masjid Kristal..cantek kan?
Aku ngan iman….. tapi, kenapa muka aku macam tu.. biarlah..(tutup mata yang sakit). Atas bot sebelum memulakan perjalanan ni..

Dari kiri : Hadi, Din, Nisyak, wani, Zati, Aiesyah, Ayu, Iman, K. Akrima, Ayah Wan, Ana, Puan Rosnani.
Duduk dari Kiri: Suraya, Syahirah, Nadhirah, Adah, Aisyah, Ati, k. Marina, Ahmad, Suami Puan Rosnani.

Selepas itu, kitorang solat zohor dekat masjid Kristal.. cantik masjid tu.. dalam perjalanan pulang kitorang makan aiskrim susu kambing..sedap awesome!! Lembut, lemak berkrim… aku beli empat.. bagi-bagi kat kengkawan ngan ayah wan yang dah bersusah payah bawak bas untuk kitorang… kat Taman Tamadun Islam tu pun dah penat sangat-sangat gamaknya..

 
  Bukit Puteri ni tak semua naek sebab.. kitorang semua sibuk bershopping, yang berjaya naik atas tu hanyalah Aiesya dan Iman…
kitorang sambung pulak pergi Bukit Puteri, pasar Payang…tempat orang perempuan bershopping…. orang perempuan kalau bershopping..tahu-tahulah..sakan! waktu ni memang sedih sebab kitorang dah nak balik.. semua orang tak nak balik.. tetiba dalam hati kitorang terbit satu perasaan yang mentafsirkan sebuah ayat… WE lOVE TERENGGANU…. Kitorang tak nak balik.. tapi esoknye plak ada kelas kan… so, kitorang kena gak balik..   kitorang dapat cenderahati daripada kitorang sendiri… seekor penyu yang comel… thanks Friends..luv u all coz Allah..<3  <3

         Kesimpulan daripada kegembiraan kitorang pergi lawatan itu adalah selepas kitorang semua menangis, kecewa, berpenat lelah, dicaci dan dihina, kitorang dah kena macam-macam dengan someone tapi kitorang bersabar dan Alhamdulillah bersyukur kepada Allah sebab buat kitorang bahagia dengan apa yang kitorang dah usahakan.. semoga Allah menerima amal kamu dan amal kami..
     Sekalung Penghargaan kepada kengkawan samada yang tidak berada di dalam gambar atau yang berada di dalam gambar.. sebab tanpa korang semua, program ni takkan berjalan dengan lancer.. dan saya mewakili kawan-kawan saya memohon berjuta kemaafan jika tersalah dan tersilap sepanjang program ini berjalan… terima kasih kepada semua pelaksana program.. Zakari, K.Nisyak selaku pengarah dan timbalan pengarah.. Aziz, setiausaha dan saya setiausaha gak.. Tengku Azreen, k.wani sebagai Bendahari… dan kawan-kawan yang lain.. saya mengucapkan JAZAKUMULLAHUKHAIRAN  KHATHIRA…..
“ Semoga Allah membalas keikhlasan dan pengorbanan korang semua…”
Nukilan bahagia,
NADHIRAH BINTI MOHD RUBANI a.k.a DOT

Sunday, December 18, 2011

KEIKHLASAN

IKHLAS KE AKU??

              Perbincangan tajuk saya pada kali ini adalah berkenaan keikhlasan, saya bukanlah seorang yang pandai hendak membincangkan tentang tajuk yang agak sukar, yang selalu mendapat perbahasan ulama’. Cuma sekadar memberitahu pengalaman dan pandangan yang biasa-biasa sahaja. Saya akan membuka sedikit cerita berdasarkan pengalaman saya.
***
             Pada suatu hari ini saya diajak ke majlis tarbawi, lebih kurang macam ceramah atau tazkirah la.. pada mulanya memang saya menolak dengan, alasan saya berikan pada dia, “aku tak ikhlas, buat ape nak pergi, buat habis pahala je…” nak tahu apa jawapan dia? “ kawan, keihklasan tu tidak semestinya hadir sekarang, kita tak tahu bila ikhlas tu nak hadir sebab Allah itu memegang hati-hati manusia. Mungkin ikhlas tu hadir waktu kita duduk dengar ceramah, atau ketika dah habis dengar ceramah..kita tak tahu..tapi yang penting kita buat.. Yang nak bagi tu semua urusan Allah.” Saya diam, dan aku fikir betul jugak, sebab manusia memang suka bagi alasan kalau orang ajak buat kebaikan. Perkara macam ni banyak kali jadi kat diri saya walaupun saya sedar benda tu salah.
***
               Keikhlasan memang susah nak ada dalam diri manusia, tapi ianya boleh dipupuk. Jadi, sebagai seorang hamba kita tidak ada alasan untuk tidak buat kebaikan, betul tak? Lebih kurang macam situasi diatas.. macam mana pulak kalau kita nak buat kebaikan tapi takut timbul rasa ria’ dalam hati kita dan kita tinggal kebaikan yang kita nak buat.. situasi ni lebih kurang sama, tapi kalau situasi ni.. kembali kepada niat asal kita, bisikkan dalam diri kita hanya Allahlah yang menilai kebaikan yang kita lakukan, bukan manusia. Senang kata, ria’ itu dipupuk oleh syaitan yang berada dalam diri kita. So, kita perlukan Allah untuk melawan syaitan tu.. sementara kita melawan syaitan tu, mungkin Allah akan menghadirkan keihklasan untuk kita, macam saya kata tadi “yang penting kita buat, yang nak bagi tu Allah” jadi, sekarang ni kita perlu didik keikhlasan yang memang sudah terletak dalam diri kita dalam melaksanakan kebaikan.

Sunday, November 13, 2011

Selamat ulang tahun ke-19 untuk aku

     Assalamualikum, sepatutnya aku telah menulis tentang ini waktu birthday aku hari tu... tapi tak berkesampatan sebab nak sambut raya haji.. Yang bestnye waktu birthday aku ni, aku mula-mula nak puasa tapi tak leh nak puasa sebab jatuh pada hari jumaat jadi aku pun tak puasa...ada sebabnya kita digalakkan puasa pada hari lahir kita ni, tapi aku tak puasa pun huhuhu.....
     Aku nak ucapkan terima kasih pada kaknoorul huda iaitu kakak aku yang sulung tapi bukan anak sulung.. dia telah membuat kek yang sangat sedap untuk meraikan hari jadi aku, walaupun aku tak tahu apa niat sebenar dia hahaha... dia buat kek coklat tiramisu, entah betul ke tak namanya... walaupun kek itu boleh dimakan 2 hari selepas birthday aku..tapi takde pun tulis 'happy belated birthday' sebab....tulah aku tak tahu niat sebenar dia..... ha! nak cerita waktu hari jadi aku tu, mak telah membelikan aku sebungkus siput sedut dan aku sendiri yang ketuk bontot dia...mak masak lemak cili api campur dengan batang keladi sekali dengan isi keladi mak masak..pergghh sedap betul..>.<
      Raya haji tahun ni memang best, ops masuk topik raya haji plak ..takpelah malas nak wat post banyak kali...jadi kita gabung sebab tarikh sangat dekat dengan birthday aku  huhu..tahun ni, semua adek beradek kumpul kat rumah, kecuali kyah ngan kbilah jek takde..kyah raye umah melaka, kbilah plak raya kat endon.... so, tak semua pun kumpul sebenarnya...hahaha.. hmm walupun birthday aku dekat tarikhnya dengan hari raya haji tapi abg-abg or kakak aku takde pun bagi hadiah kat aku..bukan nak mintak pun sebenarnya, saja je nak wat attention bahawa birthday aku adalah pada 4 November hari tu.. tapi aku dah cukup seronok bila dapat kek yang sedap sangat-sangat tuh...
      { "Happy birthday to you!!! sangae chuka hamnida!! sanah helwah!! sheng ri kuai le!! }


Jom kita makan kek angry bird ni..... padahal dalm mimpi je lah nak makan pun


Hmmmm sambut untuk diri sendiri je.... hargailah diri anda, sayangilah diri anda.. cintailah diri anda....


                                                            The cute angry bird!!  but I don't like..hahahaha

Terima kasih mak sebab melahirkan dot ke dunia..dot, minta maaf kalau dot ada buat salah atau sakitkan hati mak...maafkan bila ku tak sempurna... TERIMA KASIH MAK& ABAH  

                                                  FAMILY= Father and Mother, I  LOve You

Tuesday, November 1, 2011

Doa DHUHA

"Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, dhua-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu.. Keindahannya keindahan-Mu
kekuatannya kekuatan-Mu..kekuasaannya Kekuasaan-mu
perlindungannya perlindungan-Mu

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
jika di bumi keluarkanlah..Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah..Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkanlah kepadaku segala yang engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh"
                             
                     

  Doa waktu dhuha, hurmm..aku sendiri jarang nak solat dhuha. kenapa ek? susah betul nak istiqamah benda-benda yang baik-baik.Padahal solat dhuha solat untuk kita jadi kaya, murah rezeki, bukan saja kaya harta tapi kaya jiwa. Aku memang respect kat kawan2 aku yang tak pernah tinggal solat dhuha ni.. takbir! tapi aku, waktu yang aku rase nak buat aku buat, waktu yang aku macam malas nak buat ku tak boleh nak buat..huhuhuh patotlah susah nak istiqamah, buat kadang-kadang je...
  Kepada diri aku yang lemah dan hina, perlu buat sesuatu yang boleh meningkatkan keimanan, kalu dah tambah dosa memang aku lah yang menambah dosa. kalau yang tambah iman, memang aku jugaklah yang menambah iman aku.. Aku nak kata kat sini, kita sendiri yang buat pilihan untuk diri kita, samada kita nak dicampak ke neraka atau dialukan ke syurga..Ya Allah, aku hamba yang lemah, kuatkan aku ya Allah....
   Seandainya aku boleh istiqamah dalam melaksanakan benda baik kan bagus, so, aku mesti istiqamah mulai esok... Gambate kudasai!!!  ^_^

Sunday, October 30, 2011

Aku & Palestin


  lihat dalm mata saya apa yang awak nampak?

pahamkan lirik dye, anak palestin terbunuh sebab kita yang meningkatkan ekonomi musuh kita, musuh orang palestin tu sendiri. lagu ni memang tak buatkan semangat kita berkobar-kobar tapi buat kita rase insaf, buat kita rasa bersalah.. sebab apa? kita sendiri yang menghancurkan mereka, kita yang bayar setiap peluru yang menusuk jantung anak2 palestin.... salam perjuangan...

Wednesday, October 26, 2011

Kembalinya sebuah nostalgia..

     Hari ni... abah mengemas rumah di bahagian atas.. aku dipanggil unyuk menolong, tergerak hati nak tengok kotak yang dihulurkan abah. Aku selongkar kotak yang penuh dengan buku-buku aku waktu form 5 dulu.. tiba-tiba terjumpa fail warne merah yang depannya aku spray tulis name aku 'dot'. bukan aku nak citer pun pasal fail aku tu..cume aku nak tekankan pasal isi kandungan dalam fail tuh.. aku sela punya selak,tetiba aku jumpe buku bola yang aku pernah beli sebab nan amek gambar Cristiano Ronaldo, zaman kegemilangan dia waktu tu... aku jumpe gambar-gambar yang aku buat koleksi...Aku jumpe artikle-artikle..dan tiba-tiba aku terjumpa satu surat,.... surat dari 'someone' yang rapat dengan aku, dia tegur pasal aku ngan adek angkat aku.. ehem2.. dan aku jumpa surat lagi..dari 'someone' yang rapat gak ngan aku..hurm dalam tu dia tulis supaya aku jangan sedih-sedih tentang kehilangan sesuatu yang penting buat aku tapi tak special.. aku tersentak gak la baca surat tu..sebab benda tu dah lame hilang dalam kepala aku.. tajuk untuk peristiwa tu aku ingat tapi isi kandungan dan intisari peristiwa aku kurang ingat..dan surat tu mengembalikan semula nostalgia yang berlaku, setiap langkah , detik, pandangan, percakapan, perlakuan, tangisan semuanya menyentap jiwa aku. Aku terdiam lame bila aku baca surat tu.. aku sebak.. kenapa jadi aku? kenapa keadilan tak menyebelahi diri aku..? kenapa aku jahat sangat ke waktu tu..bila aku baca kandungan surat tu lagi, aku reda..kurang sikit berbanding tadi. Tapi, tetap terbayang dalam otak fikiran aku.
     Aku nak berterus terang... aku nak cerita perkara sebenar kat sini.. aku simpan benda tu (yang diharamkan bawak kat sekolah) kat umah kawan aku, sampai nak balik kampung, waktu cuti la.. dia bagi benda tu kat aku untuk aku bawak balik rumah sebab dia nak balik kampung dia kat Thailand, jadi dia risau dia tak dapat gi sekolah untuk pulangkan kat aku, jadi dia bagi aku awal-awal. Nak dijadikan cerita aku kantoi ngan 2 orang lagi kawan aku.. dan ramai yang tahu benda ni... diorang punya kena rampas tapi aku punya lom lagi. Habis tempat aku kena geledah tapi tak jumpa, disebabkan aku kesian kat kawan aku, dan aku sayang dia, dan aku nak senang same-same & susah same-same aku pun serahkan barang aku dengan sukarela... tamat.
          Waktu akhir tahun, (graduasi) kitorang pakat buat surat untuk mintak kembalikan kitorang punya barang.. punyalah gembira, 2 orang kawan aku dikembalikan barang tu.. tapi aku? apa salah aku wei? kenapa aku tak dapat balik aku punya barang tu.. memang tak adil, ade ke korang rasa benda ni adil? memang, sekarang ni aku memang dah terlambat nak mintak balik. tapi kalau pikir balik aku dah kira baik la, tak buat apa-apa pun, aku siap serahkan sendiri barang tu, tapi kenapa aku yang tak dapat balik barang aku... bila aku pikir balik sekarang "siapa yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap barang aku tuh???"
        Tapi sekarang aku dah okey cume aku nak tahu je siapa sebenarnya yang bertanggungjawab terhadapa barang aku? yes, just positif dengan Allah, Allah uji semampu aku.
        Maaf jika coretan ini menguris... kepada kengkawan yang sentiasa menyokong aku thanks a lot! Gomapta, arigato! JAZAKILLAH....

      P/s: sekarang sedang mencari buku kecil warne hitam... my lovely book!

Wednesday, October 5, 2011

KISAH SEORANG “TARZAN”


Adakah anda pernah menonton filem tarzan, kalau tidak pernah menontonnya, tidak mengapa.. tetapi pastinya anda pernah mendengar filem ini disebut-sebut oleh rakan-rakan anda. ‘Tarzan’ kisah seorang bayi yang terdampar hidup di sebuah pulau di dalam hutan dan dibesarkan oleh sekeluarga gorilla dan amat pantas menguasai alam sekelilingnya. Siapa tidak kenal dengan hero ciptaan barat ini…..
Apakah motif sebenar barat menampilkan cerita yang kononnya merekalah yang menjadi hero di setiap pelosok dunia. Memang merekalah yang menguasai dunia dengan kepintaran mereka, namun sedar-sadar mereka hanya menciplak kebijaksanaan umat islam demi kepentingan mereka sendiri.’Tarzan’, kononnya hanya dengan laungannya, semua penduduk hutan akan tunduk dengan kejaguhannya, seorang manusia yang dapat menjatuhkan keganasan seekor ‘cheetah’,menundukkan si bujang senang, menunggang sang gajah, menyelusuri pokok ke pokok, dahan ke dahan sepantas lutong dan kera.Di penghujung kisah apakah pengajaran yang dapat di ambil, selain menanamkan cintakan alam sekitar atau cintilah sungai kita ataupun motif mereka adalah untuk menguatkan lagi teori evolusi Darwin yang kononnya manusia ini terbentuk melalui seekor beruk. Tahukah anda di manakah mereka menciplak kisah-kisah dan semua jalan cerita tentang seorang ‘Tarzan’ ini?..


Lebih 800 tahun yang lampau telah hidup seorang sarjana Islam iaitu Abu Bakar Muhammad ibn Abd Malik ibn Tufail al-Qisi.beliau dikenali sebagai Ibn Tufail, beliau diberitakan hidup sekitar 500-581 Hijrah (1106-1185 M). Di Granada, Andalusia beliau terkenal dalam banyak bidang seperti perubatan, pendidikan,falsafah,kesusteraan dan astronomi.di samping itu beliau banyak menulis banyak buku, tetapi yang berjaya sampai ke hari ini hanyalah satu karangannya yang menjadi tumpuan Timur dan Barat iaitu Hay ibn Yaqzan.
Ibn Tufail tel;ah menulis tentang bagaimana hubungan manusia dengan Allah yang berasaskan perkembangan pemikiran dalam diri manusia sendiri, bagaimana manusia dengan penelitian alam sekeliling boleh mengenali Allah. Dalam kisah Hay ibn Yaqzan, ibn Tufail mengisahkan seorang bayi terdampar hidup di sebuah pulau di satu kawasan khatulistiwa. Kemudiannya Hay dibesarkan oleh sekeluarga rusa sehinggalah memasuki peringkat remajanya. Hay belajar perihal kehidupan, makan dan minum, tidur bersama ‘ibu angkat’nya iaitu seekor rusa, sehinggalah ‘ibu angkat’nya itu meninggal dunia. Dikejutnya ‘ibu rusa’ itu berkali-kali, namun tiada jawapan. Diperiksa nadi dan jantung yang pada pandangan asalnya adalah tempat dan pusat kehidupan, namun hanya ada darah suam yang keluar. Barulah Hay kemudiannya memahami akan erti kehidupan dan kematian, betapa adanya ‘satu kuasa’ yang leboih tinggi dan kuat yang mengatur seluruh kehidupan.
Hay melalui kehidupannya dengan mempelajari apa sahaja fenomena alam di sekelilingnya, berjalan seperti beruang, menutup badan seperti burung, menggunakan alatan seperti panah dan perhubungan  sesama makhluk. Pendeknya, Hay mampu bangkit menjadi remaja dewasa yang kenal erti kehidupan di belantara dan mampu mengaitkannya dengan penciptanya.
Melalui tulisan ini ibn Tufail cuba menganalisis satu persoalan berat iaitu hubungan antara manusia, akal dan tuhan. Beliau mampu mengolah watak Hay yang yang tidak pernah terdedah kepada masyarakat dan manusia. Dengan kehidupan sendiri tanpa bantuan sesiapa namun, Hay dapat mengenal setiap satu menggunakan akal fikirannya melalui pancainderanya, sehinggalah kewujudan yang tinggi yang hanya boleh dicapai oleh akal. Ilmu pengetahuan terbahagi kepada dua iaitu,melalui pancaindera berteraskan penemuan dan penyelidikan secara material dan yang kedua tanpa pancaindera tetapi melalui pendalilan atau pembuktian terhadap sesuatu yang tidak bersifat material.
Kitab Hay ibn Yaqzan ini telah diterjemah ke seluruh dunia dalam bahsa Perancis, Inggeris, Jerman, Belanda sejak abad ke-17 Masehi lagi hingga menjadi ‘best-seller’ pada zaman itu. Maka tidak hairanlah jika ‘Tarzan’ mampu menjadi cerita ‘box-office’. Pun begitu, tidak seperti kisah Hay ibn Yaqzan, ternyata umat islam sendiri tidak menyedari hakikat ini, malahan kisah ‘Tarzan’lah yang menjadi kisah yang terkeluar dari bibir kita untuk membentuk jenerasi mendatang. “ Orang-orang yahudi tidak akan pernah redha selagimana kamu tidak mengikuti agama mereka”
“AWAKENING OF THE SOUL”