Wednesday, October 5, 2011

KISAH SEORANG “TARZAN”


Adakah anda pernah menonton filem tarzan, kalau tidak pernah menontonnya, tidak mengapa.. tetapi pastinya anda pernah mendengar filem ini disebut-sebut oleh rakan-rakan anda. ‘Tarzan’ kisah seorang bayi yang terdampar hidup di sebuah pulau di dalam hutan dan dibesarkan oleh sekeluarga gorilla dan amat pantas menguasai alam sekelilingnya. Siapa tidak kenal dengan hero ciptaan barat ini…..
Apakah motif sebenar barat menampilkan cerita yang kononnya merekalah yang menjadi hero di setiap pelosok dunia. Memang merekalah yang menguasai dunia dengan kepintaran mereka, namun sedar-sadar mereka hanya menciplak kebijaksanaan umat islam demi kepentingan mereka sendiri.’Tarzan’, kononnya hanya dengan laungannya, semua penduduk hutan akan tunduk dengan kejaguhannya, seorang manusia yang dapat menjatuhkan keganasan seekor ‘cheetah’,menundukkan si bujang senang, menunggang sang gajah, menyelusuri pokok ke pokok, dahan ke dahan sepantas lutong dan kera.Di penghujung kisah apakah pengajaran yang dapat di ambil, selain menanamkan cintakan alam sekitar atau cintilah sungai kita ataupun motif mereka adalah untuk menguatkan lagi teori evolusi Darwin yang kononnya manusia ini terbentuk melalui seekor beruk. Tahukah anda di manakah mereka menciplak kisah-kisah dan semua jalan cerita tentang seorang ‘Tarzan’ ini?..


Lebih 800 tahun yang lampau telah hidup seorang sarjana Islam iaitu Abu Bakar Muhammad ibn Abd Malik ibn Tufail al-Qisi.beliau dikenali sebagai Ibn Tufail, beliau diberitakan hidup sekitar 500-581 Hijrah (1106-1185 M). Di Granada, Andalusia beliau terkenal dalam banyak bidang seperti perubatan, pendidikan,falsafah,kesusteraan dan astronomi.di samping itu beliau banyak menulis banyak buku, tetapi yang berjaya sampai ke hari ini hanyalah satu karangannya yang menjadi tumpuan Timur dan Barat iaitu Hay ibn Yaqzan.
Ibn Tufail tel;ah menulis tentang bagaimana hubungan manusia dengan Allah yang berasaskan perkembangan pemikiran dalam diri manusia sendiri, bagaimana manusia dengan penelitian alam sekeliling boleh mengenali Allah. Dalam kisah Hay ibn Yaqzan, ibn Tufail mengisahkan seorang bayi terdampar hidup di sebuah pulau di satu kawasan khatulistiwa. Kemudiannya Hay dibesarkan oleh sekeluarga rusa sehinggalah memasuki peringkat remajanya. Hay belajar perihal kehidupan, makan dan minum, tidur bersama ‘ibu angkat’nya iaitu seekor rusa, sehinggalah ‘ibu angkat’nya itu meninggal dunia. Dikejutnya ‘ibu rusa’ itu berkali-kali, namun tiada jawapan. Diperiksa nadi dan jantung yang pada pandangan asalnya adalah tempat dan pusat kehidupan, namun hanya ada darah suam yang keluar. Barulah Hay kemudiannya memahami akan erti kehidupan dan kematian, betapa adanya ‘satu kuasa’ yang leboih tinggi dan kuat yang mengatur seluruh kehidupan.
Hay melalui kehidupannya dengan mempelajari apa sahaja fenomena alam di sekelilingnya, berjalan seperti beruang, menutup badan seperti burung, menggunakan alatan seperti panah dan perhubungan  sesama makhluk. Pendeknya, Hay mampu bangkit menjadi remaja dewasa yang kenal erti kehidupan di belantara dan mampu mengaitkannya dengan penciptanya.
Melalui tulisan ini ibn Tufail cuba menganalisis satu persoalan berat iaitu hubungan antara manusia, akal dan tuhan. Beliau mampu mengolah watak Hay yang yang tidak pernah terdedah kepada masyarakat dan manusia. Dengan kehidupan sendiri tanpa bantuan sesiapa namun, Hay dapat mengenal setiap satu menggunakan akal fikirannya melalui pancainderanya, sehinggalah kewujudan yang tinggi yang hanya boleh dicapai oleh akal. Ilmu pengetahuan terbahagi kepada dua iaitu,melalui pancaindera berteraskan penemuan dan penyelidikan secara material dan yang kedua tanpa pancaindera tetapi melalui pendalilan atau pembuktian terhadap sesuatu yang tidak bersifat material.
Kitab Hay ibn Yaqzan ini telah diterjemah ke seluruh dunia dalam bahsa Perancis, Inggeris, Jerman, Belanda sejak abad ke-17 Masehi lagi hingga menjadi ‘best-seller’ pada zaman itu. Maka tidak hairanlah jika ‘Tarzan’ mampu menjadi cerita ‘box-office’. Pun begitu, tidak seperti kisah Hay ibn Yaqzan, ternyata umat islam sendiri tidak menyedari hakikat ini, malahan kisah ‘Tarzan’lah yang menjadi kisah yang terkeluar dari bibir kita untuk membentuk jenerasi mendatang. “ Orang-orang yahudi tidak akan pernah redha selagimana kamu tidak mengikuti agama mereka”
“AWAKENING OF THE SOUL”

1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt..

    Jazakillah Dot, atas perkongsian ni..
    Sangat bermanfaat..

    Wah, walaupun Dot ambik bidang lain, bidang2 sains ni xluput dihati ya..
    Samalah kita..=)

    Rindu Dot.. ^_^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete