Wednesday, July 27, 2011

Jom bersahabat sampai syurga

        Assalamualaikum, lama kita tak berjumpa rasa rindu menusuk ke dalam jantung bila melihat gambar kita bersama bersuka ria, bergembira menyambut ramadhan yang senantiasa dinantikan umat islam sedunia. Bila skrip ini menerjah ke dalam blog batch ni kepada sesiapa yang membacanya rasakanlah kehangatan rasa rindu diri ini kepada kawan-kawan semua.. catatan ini ditulis dengan kehangatn rasa rindu terhadap korang semua, tidak banyak untuk dikongsikan pada catatan ini Cuma sekadar berpesan.. baru semenjak ini sekembali berjumpa sahibah-sahibah di kolej teknologi darulnaim yang tidak berapa jauh dari kolejku Cuma perlu membayar RM6 jika menaiki teksi. Sekembali aku bertemu mereka semua, terfikir aku di dalam kalbu yang sepi siapakah yang akan membimbingku ke syurga jika aku belum bersuami saat ini? Ibu bapa terlalu jauh untuk memerhatikan setiap gerak-geriku di negeri orang. Jadi aku terfikir bahawa apa salahnya aku mencari sahabat yang dia boleh membawaku beriringan ke syurga, tapi aku rasa tak perlu untuk mencari, kerana aku sudah punya teman seperti kalian….
JOM BERSAHABAT SAMPAI SYURGA
      Tajuk saya pada hari ini adalah.. jom bersahabat sampai syurga, sebab teringin sangat nak masuk syurga dengan sahibah yang di sayangi kerana Allah. Sayangi bila bersama berputik rindu bila tiada.. bersama sahibah-sahibah memang menghangatkan tidak kira berapa lama kita berpisah. Bertemu kembali seolah-olah masih muda remaja sedangkan diri meningkat dewasa. Kadang-kadang berkawan rasa seronok tidak tahu tujuan tidak tahu apa yang dikerjakan bersama, tidak tahu apa yang dikejarkan bersama tapi tahu pasti ada akhirnya.. tapi kita semua tahu apa tujuan kita bersahabat kan? bertemu kita kerana Allah,  bertemu kita dengan tarbiyah tapi kita tidak akan terpisah kerana kita bersahabat sampai syurga bersahabat selamanya itulah dia bersahabat kerana Allah. Walaupun kita sekarang terpisah tapi tarbiyah mengikat kita semua.
       Orang yang akan masuk syurga adalah sahabat yang saling menyayangi kerana Allah. Kita semua ada teman yang istimewa di seluruh Malaysia mereka berada di mana-mana. Jom kita sama-sama membina kekuatan cinta dan sayang di antara kita semua semula untuk kita bersama-sama beriringan hingga ke syurga. Jadi kat sisni saya nak ajak jkorang semua supaya kita boleh bersahabat sampai syurga. Teringat dengan kata-kata Hilal Asyraf dalam novel dia, sahabat adalah orang yang sanggup terjun ke neraka apabila kita tergelincir ke dalamnya, dia sanggup terjun untuk menarik kita dan beriringan ke syurga.. persoalannya, apa peranan kita sebagai seorang sahabat sebenarnya?? tepuk dada tanya iman kita?