Tuesday, December 25, 2012

HATIKU TERPAUT


SAAT HATI TERPAUT
OLEH KECANTIKAN AKHLAKNYA
OLEH KEGANTANGAN PERIBADINYA
DIA MALU SAAT MELIHAT YANG BUKAN MAHRAMNYA
DIA JADI TEGAP DAN GAGAH SAAT BERHADAPAN MASALAHNYA
BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP AMANAHNYA
MENJADI PENYAYANG SAAT BERSAMA CINTANYA
MENGHULURKAN BANTUAN JIKA ADA YANG MEMINTA
HATI TERPAUT BILA MEMANDANGNYA
BERKERJA KERAS DEMI MURABBI TERCINTA
BERKERINGAT TANDA KEIKHLASANNYA
MAMPU TERSENYUM WALAUPUN  DIRINYA  BEGITU TERLUKA
MENYESAL AKAN SILAPNYA
KADANGKALA PEMARAH PADA TEMPATNYA
NAMUN HATI SELEMBUT SUTERA
KERNA DIA JUGA MANUSIA
MENJADI LEMAH TATKALA BERSAMA RABBNYA
HATIKU TERPAUT DENGAN KEINDAHAN AKHLAKNYA
BERDIRI TEGAP BAGAIKAN KHALIFAH DUNIA

                                     by: namorudottydongsaeng <3

Sunday, December 16, 2012

aku, basikal dan bangunan sekolah


     Sekarang aku dah sem 6, org kata sem last la.. tp aku tak sebab aku ade lagi satu sem sebab aku tak amek dulu..bukan mengulang yerr.. hahaha.. bukan bende ny sebenarnye yang aku nak cerita.. jadi baca je apa yang aku tulis..
    Setiap hari aku naik basikal pergi kelas,sebab rumah sewa aku jauh dari kolej..minta motor kat mak abah xdapat, haha tidak mengapalah..ade hikmah kot.. memang kurus aku setiap hari..insya Allah.. nak dijadikan cerita, waktu mula-mula aku beli basikal, suka gak gi jenjalan.. suatu hari ni, aku gi beli pisang goreng jadi aku gi seorang saja la.. waktu pergi tu sampai kat simpang tiga masuk kampong aku tu dengan bahagianya aku bawak la basikal laju-laju sebab seronok kot.. pastu dengan izin Allah ade motor nak masuk lorong tu..dengan paniknya aku membreklah basikal tapi motor ni pulak tak dan nak brek motor dye..maka terjadilah sebuah perlanggaran yang tak berapa dasyat, motor sempat membelok dan penunggang telah melanggar aku, bukan motor la..alhamdulillah.. penunggang tu lelaki, tahu je la kan bdan org laki ny keras..adui la, sakit giler..macam langgar dinding je aku rase.. aku pon minta maaf la kt dye sebab aku tak berhati-hati menunggang basikal.. lupe nak cakap, muke penunggang motor tu agak hensem jugak la kan, tapi aku lupe dah camne muke dye. perlanggaran tersebut tidak menyebabkan kecedaraan yang besar hanya sedikit luka dan sakit badan selama seminggu.. dan sekarang basikal aku ok je..cume kadang2 bunyi pelik kuar jugak.. aku rase kesan daripada eksident tu.. hmmm xpe lah..
   Kejadian kemalangan itu berlaku semasa aku nak pergi kedai.. balik tu pulak aku kene kejar ngan budak kolej aku..adui la..tak tahu camna dyorang boleh jupe aku kat situ.. aku nampak dyorang terus r bwak basikal laju-laju..sampai goring pisang aku jatuh, kopok lekor aku jatuh kecuali air je tak jatuh sebab aku minum abeh dah..aku berhenti r nak pungut semula..jdi dyorang berjaya la mengejar aku.. hurmm, tapi aku tetap merace kan basikal..hingga aku hilang dari pandangan diorang,, diorang naek motor kot..laju tak.. sebenarnya diorang patah balik sebab aku marah suh balik hahaha….
   Banyak kenangan sebenarnya dengan basikal ni..ce tanya kengkawan aku, tapi ada yang aku boleh cerita ade yang ade yang tak leh nak cerita sebab rahsia.. tapi ade satu didikan yang secara semula jadi la untuk aku setiap hari pegi kolej.. perjalanan aku ke kolej ni akan melalui sebuah sekolah kitorang akan lalu belakang sekolah, belakang sekolah ni ade asrama.. asrama tu ade 2 blok.. satu blok nama ‘Taqwa’ dan satu blok lagi nama ‘Sabar’ nak dijadikan cerita.. setiap pagi aku pergi kolej aku akan mengahadap kepada bangunan asrama yang nama ‘Taqwa’… bile aku balik pulak aku akan menghadap kepada bangunan yang nama ‘Sabar’. Selama aku berbasikal, baru hari ni aku perasaan Allah bagi aku didikan yang tersendiri.. aku pikir balik.. perjalanan aku ke kolej untuk belajar, so Allah bagi aku masa untuk aku betulkan niat sepanjang perjalanan, Allah suruh aku bertaqwa dengan menuntut ilmu, bukan buat perkara yang tak elok. Pesanan taqwa untuk diri aku… pastu bila balik rumah pulak, Allah nak aku sabar sebab tak semua benda yang kita lalui dengan taqwa tadi perkara baik..mesti ade perkara baik ngan perkara tak baik berlaku sepanjang hari kita berada kat kolej tu kan.. jadi Allah kata sabar.. dan aku akan tersenyum sendiri bila aku baca perkataan tu..
   Macam dalam surah al-asr.. “..kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.” Mesti org yang bagi name kat bangunan tu dapat pahala klu org bace dan dia rase terdidik dengan perkataan sabar dan taqwa tu..
     setakat ni je lah yang mampu aku tulis..semoga kayuhan aku setiap pagi tu diberkati Allah untuk ke syurga..nak harapkan pahala aku memang tak lah kan..jd, berdoalah supaya semua kerja yang kita lakukan diberkati Allah.

Impian entah apa-apa aku....


Setiap manusia tidak kira tua atau muda, semua ada impian betul tak? Kalau korang takde impian walau sebesar habuk, aku tak tahu la korang ni manusia yang duduk kat dunia mana… tapi aku tak kesah pun apa impian korang, sebab kat sini aku nak cerita berkenaan dengan impian aku. Aku nak cerita ni.. kalau korang tak nak baca, it’s up to you all nyer eyes la kan.. aku suka tulis bende-bende camni..walaupun kadang-kadang aku tahu takde faedahnya tulis kat sini. Sebelum aku nak tulis pasal impian aku ni, aku nak doa dulu..
       Ya Allah, tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, perkenankanlah doa hambamu yang lemah dan berdosa ini…
Aku tak tahu sejak bila aku bina impian yang agak tak logik dalam fikiran orang-orang biasa dan logik dari segi pemikiran orang yang cerdas hahaha.. kalau korang rasa cerdas tolong doakan aku dapat capai impian aku ni yerr.. mesti korang tak sabar nak tahu impian aku ni jenis camne kan?? Aku adalah seorang perempuan yang agak baik dan aku tak tahu apa pandangan orang terhadap aku yang aku anggap aku ni baik dengan kebaikan yang baik la aku anggapnya adalah baik.
          Okey, sebenarnya aku ingin memiliki motor besar yang dikenali sebagai “super bike” macam motor Ducati yang Valentino Rossi naik masa gi lumba motor.. warna oren.. tapi aku nak beli yang kecil sikit la.. sebab aku ni perempuan, bukan taknak motor yang biasa-biasa, Cuma aku nak motor super bike hahaha.. korang jangan gelak dengan impian aku okey.. kalau aku mula bekerja dalam usia 21 tahun, agaknya aku dapat tak kumpul duit sebanyak lebih kurang 15K untuk beli motor tu dalam masa 2 atau 3 tahun… aku rasa aku boleh dan aku boleh beli motor tu.. aku pun tak tahu kenapa aku nak beli motor tu..tapi aku memang nak sangat..


            Pesanan untuk mak dan abah, jangan marah ye kalau anak perempuan mak yang sorang ni nak beli motor bike tu, please… memilikinya adalah salah satu senarai dalam impian anak mak ni… anak mak tak minta apa-apa, just doa supaya anak mak mampu untuk memilikinya… senang kata, kalau mak ngan abah tak bagi anak mak ngan abah ni naik, menantu mak ngan abah pun boleh kan? Anak mak ngan abah ni hanya ingin memilikinya sahaja… huhuhuhu..