Thursday, February 16, 2012

Sedih dan gembira Bersama....

Assalamualaikum, apa khabar blog saya!!!
   Lama dah tak bertemu dalam blog terchenta, atas kesibukan yang melanda diri saya… kehidupan yang sangat sibuk dan menyesakkan saya telah membuatkan diri saya tersangat sibuk..
  Pada 10 & 11 Februari 2012 kitorang telah pergi lawatan ke Terengganu. Tidak dapat digambarkan nikmatnya dapat pergi lawatan ke Terengganu selepas sebulan kitorang menghadapi keperitan dalam menguruskan program ni… disebabkan terlalu gembira aku nak tulis panjang-panjang….
   Memula kitorang berkumpul kat perkarangan MkL.. kitorang semua peserta dan urusetia makan bersama-sama, and then lepas ayah wan datang..( dia adalah pemandu bas kias yang baik hati ) kitorang pun letak beg dalam bas…. Aduh, nak kata Allah masih menguji kitorang.. untuk kuatkan kitorang… nak bertolak kemain susah bila ada kawan (hadi ngan din) kitorang yang macam dah fed-up je dengan someone… huh, aku pun fed-up je.. tapi bersabar..kerana kesabaran itu separuh daripada iman.
    Ok, perjalanan kitorang macam biasa Cuma aku menghadapi masalah kemabukan dalam kenderaan.. tapi kegembiraan dan ketawa kawan-kawan membuatkan mabuk aku hilang entah kemana… aku macam tak percaya je yang aku dan kengkawan aku boleh naik bas dan berjalan ke Terengganu.
   Bas kitorang berhenti di masjid terapung kat marang…huuu…cantik masjid tu..Subhanallah memang cantek gilerr…. Best sangat… lepas tu kitorang gi ke kedai-kedai yang ada jual keropok losong… (^^).. and then kitorang bertolak ke penginapan kat Marang… tempat diye best, depan pantai.
    Jalan-jalan kat pantai mengingatkan kita pada kekuasaan Allah kan, buat kita rasa diri kita kerdil dan hina.. semuanya atas kekuasaan Allah.. dekati Allah dengan melihat kebesarannya..




 Kitorang pakai baju kurung jalan-jalan kat pantai… tak salah kan??

      
 Dalam gambar ni, zakaria ( baju merah) pengarah program kitorang.. sebelah dia Aziz, setiausaha program.. diorang baik dan macam budak-budak.. entah apa yang diorang cari kitorang tak tahu… diorang adalah tulang belakang program yang banyak bantu melancarkan program ini…
     
     Banyak kenangan ngan kengkawan yang sekepala ngan kitorang malam tu…. Best giler bila dapat duduk ngan satu geng kan, hahaha kita kan geng.. hohoo geng kitorang aku, iman, syahirah, k.nisyak, aiesyah, ayu, kwani, suraya, din, ngan hadi..haha memang sekepala.. kitorang kongsi masalah sesame..kongsi kegembiraan sesame… seronok.. ok, best friend forever yea!!  Kitorang makan ayam makan bbQ.. malam itu kitorang kena muhasabah diri sebab banyak buat silap dalam program.. pesanan wafiy memang bermakna untuk kitorang.. terima kasih bro,.. wafiy yang pada mulanya datang kitorang ingat akan menganggu perjalanan program..alhamdulillah dia datang bagi semangat kat kitorang plak.. terima kasih lagi sekali..
Aku nagan Iman kat depan chalet…kalau kitorang jumpe mesti hingar binger bilik tu…..
kitorang wat ape ek...… oh, lupa tunggu nasi dagang lama sangat hahaha kitorang makan nasi dagang yang sedap..

     Aku tak tahu la apa yang best sangat kat program ni… memang semua orang selamber.. tapi kitorang masih jaga syara’ walaupun kadang-kadang tersilap..moga Allah ampunkan kesalahan kitorang. Pagi tu kitorang breakfirst sama-sama.. kitorang breakfirst kat luar bilik..huhu memang mantap, bising dan kecoh giler..huhuuhu rindu zaman sekolah dulu…

Tangga naik ke muzium….
Pintu masuk kedua selepas pertama…. Dalam muzium ni ada batu bersurat..xde gambar sebab kitorang tak dibenarkan membawa kamera…. Batu bersurat yang real..so awesome!!!
k.wani, syahirah ngan ayu,.. syahirah aku tak tak tahu la apa yang membuatkan di terlampau bizi… sampai gambar dia ngan kitorang pun tak banyak.. syahirah ni orang kuat program.. banyak benda yang dah hadapi be strong friend!! Allah always be with you..
      First destinasi kitorang adalah muzium Terengganu, muzium yang terbesar kat Asia Tenggara yang bestnye muzium tu memang besar giler kot..lenguh kaki aku berjalan nak pusing satu muzium tu..lepas satu bangunan satu bangunan lagi… huh, tak habis-habis.. penat bro.. kat muzium ni kitorang jalan berempat jer.. yang laen tak tahu???? Oho jumpe mamat yang paling hensem di alam Malaya…kah4.. <3.
Dalam gambar ni semua pelajar kemboja..tak banyak gambar diorang sebab diorang ni pemalu nak ambik gambar gune kamera muslimat.. so , kitorang ambik gambar curi je lah…
Mamat hok pakai baju hitam tu yang hensem….. subhanallah…
fakhruddin a.k.a din
     
Gambar atas nie Fakhruddin, kawan kitorang yang bekerja kuat..bawahnye plak Hadi.. walaupun dia peserta tapi dia banyak bantu kitorang uruskan program ni… pape pon terima kasih sebab korang memang sangat bekerja keras.. semoga Allah balas jasa baik korang bro sekalian…..

 siapa ambil gambar siapa ni… kat replika kapal..
Dalam kawasan ni ada sungai dengan taman burung kot.. tapi ada lagi bangunan yang kitorang tak pergi sebab takde masa…
Yang ni kat luar muzium. Kat replika kapal...selepas penat berjalan di muzium yang terbesar kat asia tenggara…
Puan Rosnani menyampaikan cenderahati dari pihak KIAS kepada Pihak muzium, menandakan yang kitorang dah pernah membuat lawatan ke Muzium Terengganu.
      Pengembaraan kitorang memang menyeronokkan… walaupun hanya di muzium Terengganu… pengembaraan yang memenatkan tapi membawa seribu satu kenangan yang tak mungkin dilupakan.. and then, kitorang gi Taman Tamadun Islam… kat sini pun tersangat lah best… turun-turun bas kitorang gi naek bot.. mula-muala aku tak nak naek sebab aku sakit mata..pedih kot kena angin.. tapi diorang sume pujuk aku..geng aku la hahahaha pujuk aku, dan akhirnya aku pun ikut gak.. tengok lah gambar kitorang atas bot ni… seronok betol. Kitorang diberi penerangan yang sangat mendalam sepanjang pelayaran haaha poyo giler ayat..
Kitorang atas bot.. background masjid Kristal..cantek kan?
Aku ngan iman….. tapi, kenapa muka aku macam tu.. biarlah..(tutup mata yang sakit). Atas bot sebelum memulakan perjalanan ni..

Dari kiri : Hadi, Din, Nisyak, wani, Zati, Aiesyah, Ayu, Iman, K. Akrima, Ayah Wan, Ana, Puan Rosnani.
Duduk dari Kiri: Suraya, Syahirah, Nadhirah, Adah, Aisyah, Ati, k. Marina, Ahmad, Suami Puan Rosnani.

Selepas itu, kitorang solat zohor dekat masjid Kristal.. cantik masjid tu.. dalam perjalanan pulang kitorang makan aiskrim susu kambing..sedap awesome!! Lembut, lemak berkrim… aku beli empat.. bagi-bagi kat kengkawan ngan ayah wan yang dah bersusah payah bawak bas untuk kitorang… kat Taman Tamadun Islam tu pun dah penat sangat-sangat gamaknya..

 
  Bukit Puteri ni tak semua naek sebab.. kitorang semua sibuk bershopping, yang berjaya naik atas tu hanyalah Aiesya dan Iman…
kitorang sambung pulak pergi Bukit Puteri, pasar Payang…tempat orang perempuan bershopping…. orang perempuan kalau bershopping..tahu-tahulah..sakan! waktu ni memang sedih sebab kitorang dah nak balik.. semua orang tak nak balik.. tetiba dalam hati kitorang terbit satu perasaan yang mentafsirkan sebuah ayat… WE lOVE TERENGGANU…. Kitorang tak nak balik.. tapi esoknye plak ada kelas kan… so, kitorang kena gak balik..   kitorang dapat cenderahati daripada kitorang sendiri… seekor penyu yang comel… thanks Friends..luv u all coz Allah..<3  <3

         Kesimpulan daripada kegembiraan kitorang pergi lawatan itu adalah selepas kitorang semua menangis, kecewa, berpenat lelah, dicaci dan dihina, kitorang dah kena macam-macam dengan someone tapi kitorang bersabar dan Alhamdulillah bersyukur kepada Allah sebab buat kitorang bahagia dengan apa yang kitorang dah usahakan.. semoga Allah menerima amal kamu dan amal kami..
     Sekalung Penghargaan kepada kengkawan samada yang tidak berada di dalam gambar atau yang berada di dalam gambar.. sebab tanpa korang semua, program ni takkan berjalan dengan lancer.. dan saya mewakili kawan-kawan saya memohon berjuta kemaafan jika tersalah dan tersilap sepanjang program ini berjalan… terima kasih kepada semua pelaksana program.. Zakari, K.Nisyak selaku pengarah dan timbalan pengarah.. Aziz, setiausaha dan saya setiausaha gak.. Tengku Azreen, k.wani sebagai Bendahari… dan kawan-kawan yang lain.. saya mengucapkan JAZAKUMULLAHUKHAIRAN  KHATHIRA…..
“ Semoga Allah membalas keikhlasan dan pengorbanan korang semua…”
Nukilan bahagia,
NADHIRAH BINTI MOHD RUBANI a.k.a DOT

2 comments:

  1. maaflahh..aku ad letak gambar dalam ni..tapi xleh nak masuk gambar tu... benci tol... nanti aku masukkan len...

    ReplyDelete
  2. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete