Sunday, December 18, 2011

KEIKHLASAN

IKHLAS KE AKU??

              Perbincangan tajuk saya pada kali ini adalah berkenaan keikhlasan, saya bukanlah seorang yang pandai hendak membincangkan tentang tajuk yang agak sukar, yang selalu mendapat perbahasan ulama’. Cuma sekadar memberitahu pengalaman dan pandangan yang biasa-biasa sahaja. Saya akan membuka sedikit cerita berdasarkan pengalaman saya.
***
             Pada suatu hari ini saya diajak ke majlis tarbawi, lebih kurang macam ceramah atau tazkirah la.. pada mulanya memang saya menolak dengan, alasan saya berikan pada dia, “aku tak ikhlas, buat ape nak pergi, buat habis pahala je…” nak tahu apa jawapan dia? “ kawan, keihklasan tu tidak semestinya hadir sekarang, kita tak tahu bila ikhlas tu nak hadir sebab Allah itu memegang hati-hati manusia. Mungkin ikhlas tu hadir waktu kita duduk dengar ceramah, atau ketika dah habis dengar ceramah..kita tak tahu..tapi yang penting kita buat.. Yang nak bagi tu semua urusan Allah.” Saya diam, dan aku fikir betul jugak, sebab manusia memang suka bagi alasan kalau orang ajak buat kebaikan. Perkara macam ni banyak kali jadi kat diri saya walaupun saya sedar benda tu salah.
***
               Keikhlasan memang susah nak ada dalam diri manusia, tapi ianya boleh dipupuk. Jadi, sebagai seorang hamba kita tidak ada alasan untuk tidak buat kebaikan, betul tak? Lebih kurang macam situasi diatas.. macam mana pulak kalau kita nak buat kebaikan tapi takut timbul rasa ria’ dalam hati kita dan kita tinggal kebaikan yang kita nak buat.. situasi ni lebih kurang sama, tapi kalau situasi ni.. kembali kepada niat asal kita, bisikkan dalam diri kita hanya Allahlah yang menilai kebaikan yang kita lakukan, bukan manusia. Senang kata, ria’ itu dipupuk oleh syaitan yang berada dalam diri kita. So, kita perlukan Allah untuk melawan syaitan tu.. sementara kita melawan syaitan tu, mungkin Allah akan menghadirkan keihklasan untuk kita, macam saya kata tadi “yang penting kita buat, yang nak bagi tu Allah” jadi, sekarang ni kita perlu didik keikhlasan yang memang sudah terletak dalam diri kita dalam melaksanakan kebaikan.

No comments:

Post a Comment