Tuesday, December 25, 2012

HATIKU TERPAUT


SAAT HATI TERPAUT
OLEH KECANTIKAN AKHLAKNYA
OLEH KEGANTANGAN PERIBADINYA
DIA MALU SAAT MELIHAT YANG BUKAN MAHRAMNYA
DIA JADI TEGAP DAN GAGAH SAAT BERHADAPAN MASALAHNYA
BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP AMANAHNYA
MENJADI PENYAYANG SAAT BERSAMA CINTANYA
MENGHULURKAN BANTUAN JIKA ADA YANG MEMINTA
HATI TERPAUT BILA MEMANDANGNYA
BERKERJA KERAS DEMI MURABBI TERCINTA
BERKERINGAT TANDA KEIKHLASANNYA
MAMPU TERSENYUM WALAUPUN  DIRINYA  BEGITU TERLUKA
MENYESAL AKAN SILAPNYA
KADANGKALA PEMARAH PADA TEMPATNYA
NAMUN HATI SELEMBUT SUTERA
KERNA DIA JUGA MANUSIA
MENJADI LEMAH TATKALA BERSAMA RABBNYA
HATIKU TERPAUT DENGAN KEINDAHAN AKHLAKNYA
BERDIRI TEGAP BAGAIKAN KHALIFAH DUNIA

                                     by: namorudottydongsaeng <3

Sunday, December 16, 2012

aku, basikal dan bangunan sekolah


     Sekarang aku dah sem 6, org kata sem last la.. tp aku tak sebab aku ade lagi satu sem sebab aku tak amek dulu..bukan mengulang yerr.. hahaha.. bukan bende ny sebenarnye yang aku nak cerita.. jadi baca je apa yang aku tulis..
    Setiap hari aku naik basikal pergi kelas,sebab rumah sewa aku jauh dari kolej..minta motor kat mak abah xdapat, haha tidak mengapalah..ade hikmah kot.. memang kurus aku setiap hari..insya Allah.. nak dijadikan cerita, waktu mula-mula aku beli basikal, suka gak gi jenjalan.. suatu hari ni, aku gi beli pisang goreng jadi aku gi seorang saja la.. waktu pergi tu sampai kat simpang tiga masuk kampong aku tu dengan bahagianya aku bawak la basikal laju-laju sebab seronok kot.. pastu dengan izin Allah ade motor nak masuk lorong tu..dengan paniknya aku membreklah basikal tapi motor ni pulak tak dan nak brek motor dye..maka terjadilah sebuah perlanggaran yang tak berapa dasyat, motor sempat membelok dan penunggang telah melanggar aku, bukan motor la..alhamdulillah.. penunggang tu lelaki, tahu je la kan bdan org laki ny keras..adui la, sakit giler..macam langgar dinding je aku rase.. aku pon minta maaf la kt dye sebab aku tak berhati-hati menunggang basikal.. lupe nak cakap, muke penunggang motor tu agak hensem jugak la kan, tapi aku lupe dah camne muke dye. perlanggaran tersebut tidak menyebabkan kecedaraan yang besar hanya sedikit luka dan sakit badan selama seminggu.. dan sekarang basikal aku ok je..cume kadang2 bunyi pelik kuar jugak.. aku rase kesan daripada eksident tu.. hmmm xpe lah..
   Kejadian kemalangan itu berlaku semasa aku nak pergi kedai.. balik tu pulak aku kene kejar ngan budak kolej aku..adui la..tak tahu camna dyorang boleh jupe aku kat situ.. aku nampak dyorang terus r bwak basikal laju-laju..sampai goring pisang aku jatuh, kopok lekor aku jatuh kecuali air je tak jatuh sebab aku minum abeh dah..aku berhenti r nak pungut semula..jdi dyorang berjaya la mengejar aku.. hurmm, tapi aku tetap merace kan basikal..hingga aku hilang dari pandangan diorang,, diorang naek motor kot..laju tak.. sebenarnya diorang patah balik sebab aku marah suh balik hahaha….
   Banyak kenangan sebenarnya dengan basikal ni..ce tanya kengkawan aku, tapi ada yang aku boleh cerita ade yang ade yang tak leh nak cerita sebab rahsia.. tapi ade satu didikan yang secara semula jadi la untuk aku setiap hari pegi kolej.. perjalanan aku ke kolej ni akan melalui sebuah sekolah kitorang akan lalu belakang sekolah, belakang sekolah ni ade asrama.. asrama tu ade 2 blok.. satu blok nama ‘Taqwa’ dan satu blok lagi nama ‘Sabar’ nak dijadikan cerita.. setiap pagi aku pergi kolej aku akan mengahadap kepada bangunan asrama yang nama ‘Taqwa’… bile aku balik pulak aku akan menghadap kepada bangunan yang nama ‘Sabar’. Selama aku berbasikal, baru hari ni aku perasaan Allah bagi aku didikan yang tersendiri.. aku pikir balik.. perjalanan aku ke kolej untuk belajar, so Allah bagi aku masa untuk aku betulkan niat sepanjang perjalanan, Allah suruh aku bertaqwa dengan menuntut ilmu, bukan buat perkara yang tak elok. Pesanan taqwa untuk diri aku… pastu bila balik rumah pulak, Allah nak aku sabar sebab tak semua benda yang kita lalui dengan taqwa tadi perkara baik..mesti ade perkara baik ngan perkara tak baik berlaku sepanjang hari kita berada kat kolej tu kan.. jadi Allah kata sabar.. dan aku akan tersenyum sendiri bila aku baca perkataan tu..
   Macam dalam surah al-asr.. “..kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.” Mesti org yang bagi name kat bangunan tu dapat pahala klu org bace dan dia rase terdidik dengan perkataan sabar dan taqwa tu..
     setakat ni je lah yang mampu aku tulis..semoga kayuhan aku setiap pagi tu diberkati Allah untuk ke syurga..nak harapkan pahala aku memang tak lah kan..jd, berdoalah supaya semua kerja yang kita lakukan diberkati Allah.

Impian entah apa-apa aku....


Setiap manusia tidak kira tua atau muda, semua ada impian betul tak? Kalau korang takde impian walau sebesar habuk, aku tak tahu la korang ni manusia yang duduk kat dunia mana… tapi aku tak kesah pun apa impian korang, sebab kat sini aku nak cerita berkenaan dengan impian aku. Aku nak cerita ni.. kalau korang tak nak baca, it’s up to you all nyer eyes la kan.. aku suka tulis bende-bende camni..walaupun kadang-kadang aku tahu takde faedahnya tulis kat sini. Sebelum aku nak tulis pasal impian aku ni, aku nak doa dulu..
       Ya Allah, tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, perkenankanlah doa hambamu yang lemah dan berdosa ini…
Aku tak tahu sejak bila aku bina impian yang agak tak logik dalam fikiran orang-orang biasa dan logik dari segi pemikiran orang yang cerdas hahaha.. kalau korang rasa cerdas tolong doakan aku dapat capai impian aku ni yerr.. mesti korang tak sabar nak tahu impian aku ni jenis camne kan?? Aku adalah seorang perempuan yang agak baik dan aku tak tahu apa pandangan orang terhadap aku yang aku anggap aku ni baik dengan kebaikan yang baik la aku anggapnya adalah baik.
          Okey, sebenarnya aku ingin memiliki motor besar yang dikenali sebagai “super bike” macam motor Ducati yang Valentino Rossi naik masa gi lumba motor.. warna oren.. tapi aku nak beli yang kecil sikit la.. sebab aku ni perempuan, bukan taknak motor yang biasa-biasa, Cuma aku nak motor super bike hahaha.. korang jangan gelak dengan impian aku okey.. kalau aku mula bekerja dalam usia 21 tahun, agaknya aku dapat tak kumpul duit sebanyak lebih kurang 15K untuk beli motor tu dalam masa 2 atau 3 tahun… aku rasa aku boleh dan aku boleh beli motor tu.. aku pun tak tahu kenapa aku nak beli motor tu..tapi aku memang nak sangat..


            Pesanan untuk mak dan abah, jangan marah ye kalau anak perempuan mak yang sorang ni nak beli motor bike tu, please… memilikinya adalah salah satu senarai dalam impian anak mak ni… anak mak tak minta apa-apa, just doa supaya anak mak mampu untuk memilikinya… senang kata, kalau mak ngan abah tak bagi anak mak ngan abah ni naik, menantu mak ngan abah pun boleh kan? Anak mak ngan abah ni hanya ingin memilikinya sahaja… huhuhuhu..

Wednesday, May 23, 2012

kepingan hidup dan cinta..

   Assalamualaikum buat pembaca blog...
kali ni tiba-tiba rasa nak tulis pasal cinta, kenapa? adakah aku dah jatuh cinta.. tak semestinya kan? cinta buat orang-orang yang sentiasa melengkapkan hidup aku.. bila perkataan cinta hadir di cuping telinga, mesti akan ada sesetengah golongan pikir cinta kepada orang yang berlainan jenis.. cinta moden.. huhuhu.. bagi aku cinta adalah perasaan kasih dan sayang kepada manusia yang sentiasa hadir dalam hidup kita dan sudi melengkapkan hidup kita.. aww..



sebagai seorang hamba hina, aku adalah hamba yang sangat hina dan berdosa.. kadang-kadang bila aku tengok gambar ni, aku rasa aku dah panggil salah orang untuk berada dalam kehidupan aku, dan kehadiran orang tu, aku tak tahu la hidup aku makin sempurna ataupun tidak.. hahahahaha... :D kadang-kadang rasa bersalah pulak  apabila dia menjadi kepingan puzzle yang telah melengkapkan hidup aku, bukan ape pun sebenarnya.. ada something happen between kitorang..hahaha.. so, tanpa dia, aku tak belajar sesuatu... jadi terima kasihlah sebab sudi hadir dalam puzzle kehidupan aku.. ngeh3 jangan salah faham pulak ngan statement ni.. bukan sesape pon sebenarnya..saja je wat gimik.. tapi memang betul pun, T_T aku sedih la.. aku fikir balik, aku ni hamba yang tak bersyukur kan... (tak pelah, biarlah rahsia)

   Orang-orang yang sentiasa menceriakan hidup aku, kawan-kawan yang sentiasa menyayangi aku.. aku banyak belajar dengan korang semua.. kenangan indah membuatkan aku sangat bahagia..kenangan pahit membuatkan aku jadi seorang yang tabah dan kuat, menangis sama-sama buat kita rasa saling memerlukan, ketawa sama-sam membuatkan kita adalah sehati sejiwa.. jalan sama-sama membuatkan kita saling mengenali.... untuk sesiapa yang mengenali diri ini..terima kasih sebab hadir dalam hidup aku dan melengkapkan hidup aku yang tak lengkap lagi kurang lengkap ni... Allah telah bagi yang terbaek untuk aku sebab datangkan korang sume dalam hidup aku... yes! untuk semua orang yang aku kenal dengan tak kenal... (sorry gune base kasar skit) sebab aku sayang korang la.... hehehehe

  satu lagi aku nak bagi tahu.... aku sangat berbangga dengan orang-orang yang sentiasa berada di samping aku  dan melengkapkan hidup aku. Keluarga tercinta, kawan-kawan aku yang aku sayang kerana Allah.. bila hidup kita dikelilingi orang tersayang, kita akan merasa bahagia..begitulah kehidupan bermasyarakat, kita akan sentiasa memerlukan orang lain dalam hidup kita, contoh, ibu bapa..keluarga dan kengkawan la....
selepas pergantungan hanya pada Allah, kita juga memerlukan usaha kan?? kita hidup berjemaah, kita saling memerlukan..so, jangan terlalu ego dengan diri kita.. TERIMA KASIH sekali lagi kepada korang sebab sudi baca post yang tak seberapa ni.. yang tak tambahkan knowledge korang pun... sorry for everything..saja je nak link kat fb... okey, tolong doakan saya berjaya dunia akhirat ye.. untuk Islam!!

                                                  kepingan hidup,
                                               Nadhirah a.k.a Dot

Friday, May 18, 2012

Tentang ciptaanNYA

   Bila aku rasa rajin nak menulis dalam blog untuk bulan ni..banyak la post yang aku boleh buat hahahaha... kali nie aku nak cerita tentang seekor binatang yang banyak bagi aku pengalaman indah ngan kengkawan aku.. firstly, ianya adlah seekor KATAK... hahahaha ramai orang takut katak sebab geli dengan badan die... tapi aku okey je... stabil lagi..


  tadi dalam perjalanan pulang dari kampung aku kat rengit, batu pahat, Johor. aku lalu la sebuah sekolah menengah agama dalam perjalanan tu tetibe ingatan aku terimbau satu kenangan waktu kecil-kecil dulu.... rumah atuk aku banyak katak kalau lepas hujan, sibuk la pakcik aku dok menyakat anak sedara dia dengan katak, yang bestnye dia boleh pegang katak tu tanpa menyebabkan dia kencing...ye la kan orang kata ataupun fakta sains yang mengatakan air kencing katak kalau kena kat mata boleh menyebabkan buta, pakcik aku kata kalau salah pegang dia mungkin dia akan kencing, jadi pakcik aku pegang katak dengan cara yang macam mana?? hehehe confius aku dibuatnya... okey, jadi kitorang ni dok pakat-pakat cari katak untuk dikumpulkan.. Abah aku pulak tak bagi katak ni dibuang ke luar rumah begitu sahaja, jadi dia ambil plastik dan masukkan katak-katak tersebut ke dalam plastik.. tak bayak pun dalam tiga ekor dari spesis yang sama.. dalam perjalanan balik tu abah aku bawak sekali katak tu dalam van, aku pelik nak buat apa?? sampai kat sekolah agama tu abah berhenti, pastu abah aku ambil plastik katak tu bukak ikatan dye dan lepaskan katak tu dalam sungai.... sungai depan sekolah la... kisah lama saja nak cerita . Bila akku balik kampung je, aku mesti teringat kat katak yang pakcik aku pegang tu..muka dye cam comel je..hahahaha....
     Kisah kedua pulak, dulu aku sekolah menengah malam-malam kitorang akan buat row-call, iaitu berkumpul dan membaca al-Mulk sebelum tidur... suatu hari ni..tengah sibuk berkumpul dan baca surah al-Mulk.. tetiba kengkawan aku menjerit..sebab apa? rupanya ada katak kat tempat diorang ye lah mana nak perasan warna sama je ngan tar tu... jadi aku pun bertindak la sebagai hero untuk menstabilkan keadaan yang tidak stabil tu,, aku pun dengan beraninya capai plastik kat tepi aku yang entah sapa punya dan aku pun tak tahu cam na plastik tu boleh ada kat tepi aku.. dengan beraninya ni, aku pegang katak tu beralaskan plastik tu... hehehehe kengkononnya nak buang la, bila aku pegang dan angkat je katak tu.. aku pusing aku rasa panas je kat plastik tu dan ada air menitis dari celahan plastik..tapi tangan aku tak basah la.. rupanya katak tu kencingkan aku, walaupun tak kena kat aku.. aku pun cepat-cepat baling katak tu.. dan aku terfikir tentang apa yang pakcik aku cakap, katak akan kencing kalau kita salah pegang..hurmmm biarlah yang penting aku dah jadi hero..
      kisah ketiga pulak, aku ngan kengkawan aku nak sambut birthday seorang kawan kitorang yang kiut miut ny... kitorang pun merancang nak bagi suprise dengan menghadiahkannye seekor katak..yeay!! okey, suprise akan dibuat pada 12.00 malam jadi misi mencari katak adlah pada jam?? lepas maghrib.. lepas maghrib tu kitorang turun, tunggu bawah pokok cari katak..memang tak senonoh betul..dalam 20 minit kitorang dengar bunyi katak dalam longkang, apalagi kecoh la nakl mencarinya pulak... sorang kawan aku ni cam aku la jugak, tapi lebih beraninye pun adui.. dye tangkap dan terlepas..tapi dapat tangkap semula.. yang bestnye kawan aku ni boleh belai-belai lagi katak tu, tapi agak sedih la jugak sebab kitorang bukan tangkap katak pun, yang kitorang tangkap tu adalah "PRINCE FROG" ..hahahaha bohong je.. sebenarnya kodok.. gemuk gile kot...


      kisah keempat adalah sesi pembedahan katak pada tingkatan empat..best betol.. aku malas nak tulis panjang-panjang...hehehe memula sesi penangkapan katak..waktu tu aku bukan kelas sains tapi aku bekas kelas sanis dan aku join sesi pembedahan tu sebab aku belajar sikit-sikit... lepas penangkapan, esoknye sesi pemengsanan katak..lepas dah pengsan, lebih kurang bius la.. sesi pembedahan..memang terbaik la katak tu.. kitorang dah bedah dan dah tahu semua isi badan dia jadi, kitorang tak diajar untuk menjahit semula kulit katak tu jadi..kitorang terpaksa bunuh je.. dlam 1/2 jam gitu la.. sesi pembedahan habis, bila nak buangkatak tu tetiba dia bergerak..alamak!! kesiannya badan dah koyak rabak takkan nak bagi dia hidup dalam keadaan cam tu.. kawan aku yang sorang ni kejam macam dalam happy tree friend tu potong tangan dye.. tapi jantung masih bergerak dan katak tu nak melepaskan diri..aaarrghhh!! macam mana?? aku cakap kat dye bunuh tross, cucuk jantung dye.. kejam giler aku waktu tu...makanya kawan aku mencucuk-cucuk jantung katak tersebut tanpa melihat ke arah katak dan terus membuang katak dan polestrin tadi.. darah memancut..dan.. aku pun tak tahu apa nasib katak tu....huuuu
     

     kembali ke dalam kereta yang aku balik kampung tadi..aku tanya mak ngan abah..dalam kereta ada kitorang tiga orang je.. aku tanya mak."mak, apa yang kita sebagai manusia boleh belajar pada seekor katak..??"
    mak aku jawab, "entah, mak pun tak pasti..apa dia?" kononnya mak menyangka aku nak uji mak.. padahal aku pun tak tahu tu yang aku tanya...
     "mana dot tahu, tu yang dot tanya mak..hehehe"  aku cakap kat mak aku.
lepas tu abah nak jawab soalan aku tadi.. abah jawab." katak makan nyamuk.."
      "apa yang kita boleh belajar dengan makan nyamuk??, tak kan nak makan nyamuk jugak..hehehehe" aku cakap dan gelak dalam hati je lah..tanda aku kebingungan....
 lepas tu abah tanya aku satu soalan best.. " apa yang dot boleh belajar daripada seekor kura-kura?"
ye lah aku kan bela kura-kura, jadi abah tanya la soalan camtu kat aku...
      aku jawab. "entah, hehehehee"
abah jawab dengan panjang lebar." kura-kura ni adalah seekor binatang yang tawadhu'.. rendah diri.. slow je..kita tengok dia pun rasa kesian.. salah satu sifat yang kita patut contohi dari kura-kura adalah sifat tawadhu' dan rendah diri.."
     aku diam je.... "betul la apa abah cakap" aku yang selama ni bela kura-kura tak pernah tahu apa yang nak dipelajari dari ciptaan Allah yang sangat indah tu... jauh aku pikir pasal katak.nanti aku cari apa yang aku boleh pelajari dari seekor katak sebenarnya.....hahaha


Allah menciptakan makhluk bukan sia-sia. Banyak pelajaran yang kita perolehi dari ciptaan Allah kat muka bumi ni... hatta dari seekor nyamuk dan lalat... semua Allah cita bukan sia-sia... khinzir pun Allah cipta untuk kita tahu apa yang elok untuk kita dan apa yang tak elok untuk kita.... kalau semua elok, nanti kita tak dapat nak bezakan mana yang elok dan mana yang tak elok..betul tak.. so, perhatikanlah ciptaan Allah, pelajari darinya, dan kenali diri Allah melalui ciptaanNYa.. Subhanallah....

                                                    Nukilan Indah
                                                Nadhirah a.k.a Dot
   

Wednesday, May 16, 2012

Apabila mencintainya adalah kerana Allah


11:30 malam..
Assalamualaikum,tolong la buka pintu bilik ni.. kite nak masuk… huuuu..
“tidur la kat bilik atas tue… hehehehe” sambut dyorang sambil gelak2..
“tak nak, nak tidur sini jugak” balas balik buat suare kesian, kot2 la makan pujuk..
“tak nak bukak pintu, orang luar tu kena mengaku dye tu kwang soo dulu..hahahaha” diorang buat provokasi ni…
“tak nak la kwang soo, jong kook la…. T.T” aku tak suka kwang soo!!!
“ kitorang tak nak buka pintu kalau kat luar tu bukan kwang soo hahahahaha” gelak ramai-ramai…
“memang la korang ni… okey kite kwang soo” penuh keperitan mengaku diri ini sebagai kwang soo.. T.T
Akhirnya pintu dibuka… muke semua bahagia je boleh kenakan aku kan, huh~… aku dah la tak suka si kwang soo tu, geram je klu tengok running man, dah nak menang tetibe kwang soo the trouble maker datang… diorang dalam bilik suke je kan nak kenakan aku dengan orang yang aku tak suke.. tension rasa..
Tapi kenakalan diorang buat aku rasa bahagia… hahaha…

   ada cerita untuk korang, banyak sangat... tak larat nak tulis... kite tulis setakat termampu je ek, yeah!!

                                         

******


Untuk kakak yang paling aku sayang, sebab dah dua tahun dye duk satu bilik ngan aku, die panggil aku “adik” hahaha panggilan yang agak manja…haha :D “kakak, kite saying kakak kerana Allah” hmm susah nak ungkapkan dalam kata-kata.. boleh buat aku menangis…tak tahu kenapa?? Dulu kitorang rapat sangat, yup kongsi masalah.. kakak ni penakut sikit, jadi aku yang berani sikit ni.. bertanggungjawab untuk sentiasa menemani dia… hehehehe… mendidik dia menjadi lebih berani walaupun dia lebih tue dari aku.. walaupun kitorang rapat, ada juga rahsia yang tak dapat dikongsi kan, hurmmm… kakak ni rajin, dan aku malu la ngan dia.. malu, tapi tak ubah gak perangai aku yang teruk ni…yes, dye banyak nasihatkan aku dan kitorang sume dalam bilik…klu takde kaka ni dalam bilik aku rasa kitorang dah jadi badak air kot dalam bilik tu…dye selalu gak kena buli ngan aku, lagisatu aku malu dengan die sebab die baik sangat..lembut..penuh kelembutan. Aku bahagia walaupun kadang-kadang kitorang tak sama pendapat biasala, kitorang dua-dua anak bongsu..keras kepala je.. kepala aku lagi keras kot..dye selalu gune nama aku yang ‘dhira’ untuk pesan makanan kat kantin..opppss!! bukan nama aku la, nme samara dye la untuk pesan makanan kat kantin hahahaha…bile piker balik tak tahu la, sem depan dapat satu bilik ke tak…sedih rasa. kanangan pahit itu kadang-kadang tak bisa menyakiti berbanding kenangan manis yang ditinggalkan.... Aishiteru kerana Allah!!




running man we love running man!!!

geli weh, nak upload gambar nie... wek,

hahahahaha... jozan terbaek!!





  
                                                          
***
Nak cerita pasal sorang lagi… dulu kitorang tak la rapat sangat, tapi pernah terdetik kat dalam hati aku nak tegur dan nak kenal ngan kakak ni, sebab dye comel!  Klu ada program tegur je..gurau senda tu pun ada la gak.. ye ke?? Huhuhu jangan nak kembang pulak kalau baca ni…  akhirnye dapat satu bilik ngan dye, memula cam berangin je bilik tue.. dye jarang duk dalam bilik sebab mungkin tak berapa selesa dengan keadaan kitorang hehehe maaf la.. okey, bile dah sembang lama-lama..pergh, memang suke mengarut rupanya kakak nie… klu cakap ngan dye boleh plak nak loyar buruk.. hak3 layan je, sampai penat.. klu aku ni kuat buli orang, tapi dye ni la paling kuat membuli aku.. kalau dye bahagia, sume boleh bahagia je.. tapi kalau dah tension sape2 pun tak leh kacau garang tu.. sebek je, dok atas katil… klu nak puji dye kena buat gaya afdlin shauqi dalam o yeah tu… layan!! Klu bab jozan dye no1..hahaha xpernah bosan tgok lawak ke der.. kitorang ada satu perangai sama, tapi tak tau la same ke tak? Xsuke mandi dan dye rajin sket la dari aku.. arrgghh, aku malas mandi!! Tp aku tetap wangi.. dan dye adalah peminat HaHa yang cute mute nye pun adui ter berr… tak pe nanti birthday kite belikan botol pororo untuk dye.. (ish cne nak post? Susah sangat ‘tag’ je gambar pororo kat fb sebg hadiah hahahaha) jgn marah yer.klu ade duit lbih kite beli la..... tp jgan mengharap sgat...kuikui. kehidupan bermasyarakat, xkenal maka tak cinta… saranghae kerana Allah!!

                                                            
***
Ada lagi someone nak citerr kat korang…kakak jugak, hurmm aku ni dah matured kott kawan ngan kakak2 jer..hahaha perasan btol.. kakak ni suke wat aku gelak dengan perangai selamber dye.. dalam bilik la.. hahahahahahahahaha nak gelak dulu,.. klaka la kakak ni.. tapi takpe biar la aku citer dulu, jgan gelak lagi.. aku dah due tahun duduk sebilik dengan dye ade jodoh rasanye ni…. Kuing3 kitorang sama kos tapi dye senior, bile ingat balik masa sampai kolej dulu, cam kelaka je bile ingat balik dye la bnyak bg tunjuk ajar.. ye ke?? Hehehehe ye lah.. berpesan-pesan.. berkongsi-kongsi.. satu benda yang aku suke tengok pada kakak nie..aku suke tengok dye makan, dengan dye study bersemangat betul…walaupun dye kata dye nak kurus.. hahaha,jgn mrah saya yerr.. dan dye adalah orang yang paling sabar bile ada masalah.. teringat masa kitorang sama-sama jadi penyiasat masalah… mne leh bgtw korang, yang ni rahsia kitorang due je.. kejam btol nadhirah ny.. yes, dye kuat hadapi masalah dye sebab aku tau, sebab dye anak sulung.. piker la sendiri.. yang kelakanyerr bile dye citer pasal kawin..hehehehe.. aku tak tahu kenapa rasa nak gelak, terguling dah..:D sebab cara dye cam budak kecik, cam comel je.. hahahaha.. lagi satu bile dye kalut, cam best je tengok..huhuhu..biasalah manusia, lagi jauh perjalanan lagi ramai manusia kita kenal.. apa-apa pun wo ai ni kerana Allah!!
                                                                   
***
Okey rasenye dah habis kot.. tangan pun dah penat nak menulis..

Wah!! Rasa rindu nak tengok running man sama-sama…      

Nak makan muzdalfa fried chicken sama-sama…              

Nak jalan-jalan kat menara jam sama-sama…    

Tengok jozan sama-sama gelak sampai masuk bawah katil..      

Kejar lipas ngan payung, hahahaha..  
Pergh!! Waktu nak copy gmbar lipas..belambak gmbr lipas.....geli geleman nak muntah rse tengok…   nah hadiah untuk org ganu tew….!!

Mood: rindu korang semua.. bile tangan dah lenguh nak tulis macam nilah.. makin lenguh makin nak tulis lagi banyak…

Nak tulis apa lagi, dah kering idea dah………

Jap, minum air dulu… baring-baring dulu… senam-senam dulu… aaarrghhh!!! Dok rok dah wei..! eh, JAP!!!! Sape ingat perkataan ni??

“DOK ROK” macam pernah dengar kat mana ek? Flash back!! Call back!! Come back!!

Argh!! Tak ingat la pulak.. hurmmm biarkan lupekan je…

Ehem2…. Lepas minum air, lega rasa… macam rasa kopi radix la pulak.. JAP!!!

Tak kan tak ingat lagi kot sapa?? Aduh… cam ne ni???

Ha! Ingat dah…


***
Ehem2,wne ijau tew… dye tew.. jgan sedih la.. orang guraw jee.. ke sedih cerite dye takde tadi..huhuhuhu nak buli lagi.. nak buli lagi…berombak dah air mata tew.. hurmm sebenarnye ada sorang lagi yang aku nak cerite ni.. saja je wat gimik menggimikannye pun adui ter berr.. hahahahaha apesal aku gelak? Dye pernah tanye soklan kat aku, kenapa johan (dalam lawak ke derr) tu cakap kene tambah “kan, nye, pun, adui, ter, ber,”  ala… jangan buat laka-laka la… hehehe dye ny lagi kelaka.. aku suke buli dye sebab dye sebaya ngan aku..hak hak hak gelak jahat.. dye ni orang ganu kitew.. aku suke nganjing dye cakak ganu.. ork? Dye ni cam bdak kecik tapi bnyak matured dye dri aku..huh, dah la best student, pastu rajin mandi, pastu rajin makan, pastu rajin “dok rok” hahahaha.. lagi.. ada sifat keibuan tew.. (tak sanggup nak tulis rasanyerr..) lg satu, suke maen game yang paling bebudak sekali… pastu suke tanya soklan pelik-pelik kat aku, klaka.. peminat running man lepas, cinta pandang pertama dengan ‘jae suk de betrayal’ hahahaha… yang tak tahan nak gelaknyer.. mesti nak nengok running man atas katil aku, ntah apa-apa jerr.. ada feel kot.. btol tak?? Klu sensorang cam sebek je.. lagi satu ada satu masalah yang tak bape nak besar la jadi topic memalam kitorang, bila aku jadi spy untuk dye.. bongkar segala rahsia.. cam Sherlock homes la pulak.. yes, menceritakan segala-galanya.. satu kisah kepada kisah yang lain, hurmm mesti tak puas hati kan, aku leh jd spy cam Haroro, Ji hyo, dan juge jong kook yang hensem.. eh, jgn salah faham pulak, kite bkan jd spy untuk dye.. kite jd spy untuk orang yg kite tengah citer ni lah… sat gi dye ingat kitew ni jd spy ke hok tu plak…hahaha…dulu dye la pling hot kutuk korea…hahaha, last skali blaja gak ckap korea ngan aku yang sesat ny,,entah btol ke tidak… lupe nak ckap terima kasih sebab kemas bilik di hari-hari terakhir maaf la menyusahkan, barang kite yang banyak nak mampos tu… gomapta chinggu… ingat tak maksud dye ap?? Sudah, klu tak ingat..penat kite ajar ni…. Okey rahsia antara kita simpan tau… jangan pecah di mulut biar pecah di bontot, ops silap..perut.. lupe nak ucap birthday ari tu.. “HAPPY BELATED BIRTHDAY GURL” kadang-kadang membahagiakan itu lebih indah dari dibahagiakan… sayang awak kerana Allah.!!
                                                                        
***
Andainya kita bisa bertemu lagi, jangan wat cam tak kenal pulak..hurmm bile nak belanje korang lagi ek, kita tak de duit la.. nty la..lepas dapat gaji bleh la nak post hadiah sorang satu ke apa ke?? Tag gambar ke?? Share link ke?? Ikut rr.. hahahahah..

Post ni khas untuk korang, ahli bilik A1-2 bilik yang best gilerr... kemanisan dan kepahitan dirasa bersama... oh yeah!!! terharu tak dengan post nie, pukul 12.oo malam wat.. kul 1:15 tengahari baru boleh post waaaa... touched.. :'( huhuhuhu.....

                                           
       Apabila mencintainya kerana Allah, kita tidak akan membenarkan kakinya mnyentuh api neraka… membimbingnya ke jalan yang benar agar ia bisa melihat cahaya dari Tuhannya.. aku insan yang lemah, yang masih memerlukan bimbingan darimu sahabat....
                                    

                                                          Nukilan cinta,
                                                       Nadhirah a.k.a Dot                                                                                                                                                                                              
                                                                                                                                                                                                                                 

Tuesday, May 1, 2012

[HD] Outlandish - Always Remember



Assalamualaikum.... sje nak share video ni lam youtube....xtw nak post ape...enjoy...

Friday, March 9, 2012

Sudikah Anda???

sudikah kau menjadi imam di setiap solatku...??
Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah
~PERKAHWINAN~
Satu ketika kau bertanya..
.......................
sudikah kau menjadi Makmum
disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya..
........................
sudikah kau menjadi Penjaga
diri dan maruahku
agar hidupku lebih tenang dan bahagia
.........................
sudikah kau menjadi Pendidik

hati dan jiwaku
agar rohaniku terisi hikmahNya
dan akhlakku terjaga hendaknya
..........................
sudikah kau menjadi Pemerhati
setiap gerak dan langkahku
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku
............................
sudikah kau menjadi Peneman
di kala suka dan duka ku
agar satu hari, jika ujian itu dtg
air mataku ada yg menghapuskan..
............................
sudikah kau menjadi Pembela
diriku dan agamaku
agar aku terus berada di atas jln yg benar
.............................
sudikah kau menjadi Penggerak
semangatku..
agar bila aku kelesuan
kau mampu memberi bantuan
walau hanya sekadar senyuman :)
.............................
Sudikah kau menjadi Sahabat
buat diriku..mendengar luahan hatiku
agar aku boleh berbicara apa sj dgn mu
tnpa rasa ragu..
...............................
Sudikah kau menjadi Penghibur
tika ku kesunyian
agar aku boleh ketawa riang
Satu ketika aku menjawab...
"Ya, Aku sudi..
Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI
dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"
Tetapi,
aku kembalikan soalan ini kepadamu..
................................




sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?
jika aku sudah tidak seperti dulu?
.................................
Sudikah kau pula menjadi
Imam, Penjaga, Pendidik
Pemerhati, Peneman, Pembela
Penggerak, Sahabat dan Penghiburku
Jika suatu ketika nanti
aku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu..

Jika aku sudah tidak mampu lagi
menjagamu,
menemanimu
memerhatikanmu,
mendidikmu
membelamu,
menggerakkanmu
menjadi sahabatmu dan
menghiburkanmu
Sudikah kamu wahai .....................?
Aku percaya..kau masih sudi..
"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI
dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"
Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah
~PERKAHWINAN~ 

Monday, February 20, 2012

Bertemu someone AWESOME!!!!



      Korang kenal kan Adam Adli.. aku pun kenal dia gak.. aku kenal dia pun aku tengok dia dalam youtube dan harakah… seorang pemuda yang berani menegakkan kebanaran. Yes, aku setuju dengan dia seratus peratus… tak kesah la korang nak kata aku apa kan, tapi yang penting aku memang suke dengan keberanian dia..
    Pada tarikh 15 Februari 2012…hari rabu.. best tarikh nie…<3  <3  <3
      Masalahnya sekarang nie. Aku bukan nak cerita pasal dia yang keluar kat youtube, tapi aku nak cerita.. dia datang kat kolej aku.. dan bila aku dapat tahu dia datang dengan persaan gembiranya, aku pun tanya dia kat mana..aku nak autograph dia la… bila aku dapat tahu dia kat mana..haha aku pun pergi ngan kegkawan aku dengan sokongan dari beberapa pihak.. aku beranikan diri untuk men’take’ photo bersama dengan dia..yes, aku berjaya. Oleh kerana Allah mengurniakan wajah yang hensem kepada dia dan Allah telah mengurniakan keberanian yang sangat berani kepada dia, Alhamdulillah.. aku dan kengkawan aku adalah orang yang sangat bertuah kerana dapat pic bersama dengan Adam Adli… tak boleh nak menggambarkan keseronokan dalam diri aku nie…. SERONOK sangat!!!!
    Ke’slumber’an kitorang mendapat perhatian ramai.. kitorang buat salah ke?? Bukan amek gambar berdua je ngan adam adli tu.. ramai-ramai kot. So, apa masalah diorang..ha5 suka hati la korang nak cakap apa, sebab aku tak de buat salah apa-apa pun… yang penting aku adalah fan..(kipas susah mati) Adam Adli…

  gambar ni hiasan je... tapi yang penting skg ni  aku memang betul2 jumpa pemuda paling berani ni...ni gambar betul yang kitorang berjumpe adam adli... aku mintak signature kat dye... dan amek gambar dye.. yes, dye senyum bile aku suh senyum..huhuhu.. terbaek rr

Yes, signature yang spesial untuk kitorang!! thanks bro!!

Adam adli yang mempunyai senyuman yang kiut..ngeh3


     Pesanan Adam Adli untuk kitorang “JOM UBAH” , “SELAMAT BERJUANG” dan “TERUSKAN BERBAKTI”… baiklah..Adam Adli, jom kita buat kerja kerana Allah.. Saya akan terus sokong awak dari belakang sebab saya kipas susah mati awak..huhu

“ PERJUANGAN TAKKAN PERNAH SELESAI SELAGI  ISLAM TIDAK BERADA DI TEMPAT YANG TINGGI… SELAMAT BERJUANG SAHABAT-SAHABATKU..”