Sunday, October 30, 2011

Aku & Palestin


  lihat dalm mata saya apa yang awak nampak?

pahamkan lirik dye, anak palestin terbunuh sebab kita yang meningkatkan ekonomi musuh kita, musuh orang palestin tu sendiri. lagu ni memang tak buatkan semangat kita berkobar-kobar tapi buat kita rase insaf, buat kita rasa bersalah.. sebab apa? kita sendiri yang menghancurkan mereka, kita yang bayar setiap peluru yang menusuk jantung anak2 palestin.... salam perjuangan...

Wednesday, October 26, 2011

Kembalinya sebuah nostalgia..

     Hari ni... abah mengemas rumah di bahagian atas.. aku dipanggil unyuk menolong, tergerak hati nak tengok kotak yang dihulurkan abah. Aku selongkar kotak yang penuh dengan buku-buku aku waktu form 5 dulu.. tiba-tiba terjumpa fail warne merah yang depannya aku spray tulis name aku 'dot'. bukan aku nak citer pun pasal fail aku tu..cume aku nak tekankan pasal isi kandungan dalam fail tuh.. aku sela punya selak,tetiba aku jumpe buku bola yang aku pernah beli sebab nan amek gambar Cristiano Ronaldo, zaman kegemilangan dia waktu tu... aku jumpe gambar-gambar yang aku buat koleksi...Aku jumpe artikle-artikle..dan tiba-tiba aku terjumpa satu surat,.... surat dari 'someone' yang rapat dengan aku, dia tegur pasal aku ngan adek angkat aku.. ehem2.. dan aku jumpa surat lagi..dari 'someone' yang rapat gak ngan aku..hurm dalam tu dia tulis supaya aku jangan sedih-sedih tentang kehilangan sesuatu yang penting buat aku tapi tak special.. aku tersentak gak la baca surat tu..sebab benda tu dah lame hilang dalam kepala aku.. tajuk untuk peristiwa tu aku ingat tapi isi kandungan dan intisari peristiwa aku kurang ingat..dan surat tu mengembalikan semula nostalgia yang berlaku, setiap langkah , detik, pandangan, percakapan, perlakuan, tangisan semuanya menyentap jiwa aku. Aku terdiam lame bila aku baca surat tu.. aku sebak.. kenapa jadi aku? kenapa keadilan tak menyebelahi diri aku..? kenapa aku jahat sangat ke waktu tu..bila aku baca kandungan surat tu lagi, aku reda..kurang sikit berbanding tadi. Tapi, tetap terbayang dalam otak fikiran aku.
     Aku nak berterus terang... aku nak cerita perkara sebenar kat sini.. aku simpan benda tu (yang diharamkan bawak kat sekolah) kat umah kawan aku, sampai nak balik kampung, waktu cuti la.. dia bagi benda tu kat aku untuk aku bawak balik rumah sebab dia nak balik kampung dia kat Thailand, jadi dia risau dia tak dapat gi sekolah untuk pulangkan kat aku, jadi dia bagi aku awal-awal. Nak dijadikan cerita aku kantoi ngan 2 orang lagi kawan aku.. dan ramai yang tahu benda ni... diorang punya kena rampas tapi aku punya lom lagi. Habis tempat aku kena geledah tapi tak jumpa, disebabkan aku kesian kat kawan aku, dan aku sayang dia, dan aku nak senang same-same & susah same-same aku pun serahkan barang aku dengan sukarela... tamat.
          Waktu akhir tahun, (graduasi) kitorang pakat buat surat untuk mintak kembalikan kitorang punya barang.. punyalah gembira, 2 orang kawan aku dikembalikan barang tu.. tapi aku? apa salah aku wei? kenapa aku tak dapat balik aku punya barang tu.. memang tak adil, ade ke korang rasa benda ni adil? memang, sekarang ni aku memang dah terlambat nak mintak balik. tapi kalau pikir balik aku dah kira baik la, tak buat apa-apa pun, aku siap serahkan sendiri barang tu, tapi kenapa aku yang tak dapat balik barang aku... bila aku pikir balik sekarang "siapa yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap barang aku tuh???"
        Tapi sekarang aku dah okey cume aku nak tahu je siapa sebenarnya yang bertanggungjawab terhadapa barang aku? yes, just positif dengan Allah, Allah uji semampu aku.
        Maaf jika coretan ini menguris... kepada kengkawan yang sentiasa menyokong aku thanks a lot! Gomapta, arigato! JAZAKILLAH....

      P/s: sekarang sedang mencari buku kecil warne hitam... my lovely book!

Wednesday, October 5, 2011

KISAH SEORANG “TARZAN”


Adakah anda pernah menonton filem tarzan, kalau tidak pernah menontonnya, tidak mengapa.. tetapi pastinya anda pernah mendengar filem ini disebut-sebut oleh rakan-rakan anda. ‘Tarzan’ kisah seorang bayi yang terdampar hidup di sebuah pulau di dalam hutan dan dibesarkan oleh sekeluarga gorilla dan amat pantas menguasai alam sekelilingnya. Siapa tidak kenal dengan hero ciptaan barat ini…..
Apakah motif sebenar barat menampilkan cerita yang kononnya merekalah yang menjadi hero di setiap pelosok dunia. Memang merekalah yang menguasai dunia dengan kepintaran mereka, namun sedar-sadar mereka hanya menciplak kebijaksanaan umat islam demi kepentingan mereka sendiri.’Tarzan’, kononnya hanya dengan laungannya, semua penduduk hutan akan tunduk dengan kejaguhannya, seorang manusia yang dapat menjatuhkan keganasan seekor ‘cheetah’,menundukkan si bujang senang, menunggang sang gajah, menyelusuri pokok ke pokok, dahan ke dahan sepantas lutong dan kera.Di penghujung kisah apakah pengajaran yang dapat di ambil, selain menanamkan cintakan alam sekitar atau cintilah sungai kita ataupun motif mereka adalah untuk menguatkan lagi teori evolusi Darwin yang kononnya manusia ini terbentuk melalui seekor beruk. Tahukah anda di manakah mereka menciplak kisah-kisah dan semua jalan cerita tentang seorang ‘Tarzan’ ini?..


Lebih 800 tahun yang lampau telah hidup seorang sarjana Islam iaitu Abu Bakar Muhammad ibn Abd Malik ibn Tufail al-Qisi.beliau dikenali sebagai Ibn Tufail, beliau diberitakan hidup sekitar 500-581 Hijrah (1106-1185 M). Di Granada, Andalusia beliau terkenal dalam banyak bidang seperti perubatan, pendidikan,falsafah,kesusteraan dan astronomi.di samping itu beliau banyak menulis banyak buku, tetapi yang berjaya sampai ke hari ini hanyalah satu karangannya yang menjadi tumpuan Timur dan Barat iaitu Hay ibn Yaqzan.
Ibn Tufail tel;ah menulis tentang bagaimana hubungan manusia dengan Allah yang berasaskan perkembangan pemikiran dalam diri manusia sendiri, bagaimana manusia dengan penelitian alam sekeliling boleh mengenali Allah. Dalam kisah Hay ibn Yaqzan, ibn Tufail mengisahkan seorang bayi terdampar hidup di sebuah pulau di satu kawasan khatulistiwa. Kemudiannya Hay dibesarkan oleh sekeluarga rusa sehinggalah memasuki peringkat remajanya. Hay belajar perihal kehidupan, makan dan minum, tidur bersama ‘ibu angkat’nya iaitu seekor rusa, sehinggalah ‘ibu angkat’nya itu meninggal dunia. Dikejutnya ‘ibu rusa’ itu berkali-kali, namun tiada jawapan. Diperiksa nadi dan jantung yang pada pandangan asalnya adalah tempat dan pusat kehidupan, namun hanya ada darah suam yang keluar. Barulah Hay kemudiannya memahami akan erti kehidupan dan kematian, betapa adanya ‘satu kuasa’ yang leboih tinggi dan kuat yang mengatur seluruh kehidupan.
Hay melalui kehidupannya dengan mempelajari apa sahaja fenomena alam di sekelilingnya, berjalan seperti beruang, menutup badan seperti burung, menggunakan alatan seperti panah dan perhubungan  sesama makhluk. Pendeknya, Hay mampu bangkit menjadi remaja dewasa yang kenal erti kehidupan di belantara dan mampu mengaitkannya dengan penciptanya.
Melalui tulisan ini ibn Tufail cuba menganalisis satu persoalan berat iaitu hubungan antara manusia, akal dan tuhan. Beliau mampu mengolah watak Hay yang yang tidak pernah terdedah kepada masyarakat dan manusia. Dengan kehidupan sendiri tanpa bantuan sesiapa namun, Hay dapat mengenal setiap satu menggunakan akal fikirannya melalui pancainderanya, sehinggalah kewujudan yang tinggi yang hanya boleh dicapai oleh akal. Ilmu pengetahuan terbahagi kepada dua iaitu,melalui pancaindera berteraskan penemuan dan penyelidikan secara material dan yang kedua tanpa pancaindera tetapi melalui pendalilan atau pembuktian terhadap sesuatu yang tidak bersifat material.
Kitab Hay ibn Yaqzan ini telah diterjemah ke seluruh dunia dalam bahsa Perancis, Inggeris, Jerman, Belanda sejak abad ke-17 Masehi lagi hingga menjadi ‘best-seller’ pada zaman itu. Maka tidak hairanlah jika ‘Tarzan’ mampu menjadi cerita ‘box-office’. Pun begitu, tidak seperti kisah Hay ibn Yaqzan, ternyata umat islam sendiri tidak menyedari hakikat ini, malahan kisah ‘Tarzan’lah yang menjadi kisah yang terkeluar dari bibir kita untuk membentuk jenerasi mendatang. “ Orang-orang yahudi tidak akan pernah redha selagimana kamu tidak mengikuti agama mereka”
“AWAKENING OF THE SOUL”