Sunday, October 30, 2011

Aku & Palestin


  lihat dalm mata saya apa yang awak nampak?

pahamkan lirik dye, anak palestin terbunuh sebab kita yang meningkatkan ekonomi musuh kita, musuh orang palestin tu sendiri. lagu ni memang tak buatkan semangat kita berkobar-kobar tapi buat kita rase insaf, buat kita rasa bersalah.. sebab apa? kita sendiri yang menghancurkan mereka, kita yang bayar setiap peluru yang menusuk jantung anak2 palestin.... salam perjuangan...

Wednesday, October 26, 2011

Kembalinya sebuah nostalgia..

     Hari ni... abah mengemas rumah di bahagian atas.. aku dipanggil unyuk menolong, tergerak hati nak tengok kotak yang dihulurkan abah. Aku selongkar kotak yang penuh dengan buku-buku aku waktu form 5 dulu.. tiba-tiba terjumpa fail warne merah yang depannya aku spray tulis name aku 'dot'. bukan aku nak citer pun pasal fail aku tu..cume aku nak tekankan pasal isi kandungan dalam fail tuh.. aku sela punya selak,tetiba aku jumpe buku bola yang aku pernah beli sebab nan amek gambar Cristiano Ronaldo, zaman kegemilangan dia waktu tu... aku jumpe gambar-gambar yang aku buat koleksi...Aku jumpe artikle-artikle..dan tiba-tiba aku terjumpa satu surat,.... surat dari 'someone' yang rapat dengan aku, dia tegur pasal aku ngan adek angkat aku.. ehem2.. dan aku jumpa surat lagi..dari 'someone' yang rapat gak ngan aku..hurm dalam tu dia tulis supaya aku jangan sedih-sedih tentang kehilangan sesuatu yang penting buat aku tapi tak special.. aku tersentak gak la baca surat tu..sebab benda tu dah lame hilang dalam kepala aku.. tajuk untuk peristiwa tu aku ingat tapi isi kandungan dan intisari peristiwa aku kurang ingat..dan surat tu mengembalikan semula nostalgia yang berlaku, setiap langkah , detik, pandangan, percakapan, perlakuan, tangisan semuanya menyentap jiwa aku. Aku terdiam lame bila aku baca surat tu.. aku sebak.. kenapa jadi aku? kenapa keadilan tak menyebelahi diri aku..? kenapa aku jahat sangat ke waktu tu..bila aku baca kandungan surat tu lagi, aku reda..kurang sikit berbanding tadi. Tapi, tetap terbayang dalam otak fikiran aku.
     Aku nak berterus terang... aku nak cerita perkara sebenar kat sini.. aku simpan benda tu (yang diharamkan bawak kat sekolah) kat umah kawan aku, sampai nak balik kampung, waktu cuti la.. dia bagi benda tu kat aku untuk aku bawak balik rumah sebab dia nak balik kampung dia kat Thailand, jadi dia risau dia tak dapat gi sekolah untuk pulangkan kat aku, jadi dia bagi aku awal-awal. Nak dijadikan cerita aku kantoi ngan 2 orang lagi kawan aku.. dan ramai yang tahu benda ni... diorang punya kena rampas tapi aku punya lom lagi. Habis tempat aku kena geledah tapi tak jumpa, disebabkan aku kesian kat kawan aku, dan aku sayang dia, dan aku nak senang same-same & susah same-same aku pun serahkan barang aku dengan sukarela... tamat.
          Waktu akhir tahun, (graduasi) kitorang pakat buat surat untuk mintak kembalikan kitorang punya barang.. punyalah gembira, 2 orang kawan aku dikembalikan barang tu.. tapi aku? apa salah aku wei? kenapa aku tak dapat balik aku punya barang tu.. memang tak adil, ade ke korang rasa benda ni adil? memang, sekarang ni aku memang dah terlambat nak mintak balik. tapi kalau pikir balik aku dah kira baik la, tak buat apa-apa pun, aku siap serahkan sendiri barang tu, tapi kenapa aku yang tak dapat balik barang aku... bila aku pikir balik sekarang "siapa yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap barang aku tuh???"
        Tapi sekarang aku dah okey cume aku nak tahu je siapa sebenarnya yang bertanggungjawab terhadapa barang aku? yes, just positif dengan Allah, Allah uji semampu aku.
        Maaf jika coretan ini menguris... kepada kengkawan yang sentiasa menyokong aku thanks a lot! Gomapta, arigato! JAZAKILLAH....

      P/s: sekarang sedang mencari buku kecil warne hitam... my lovely book!

Wednesday, October 5, 2011

KISAH SEORANG “TARZAN”


Adakah anda pernah menonton filem tarzan, kalau tidak pernah menontonnya, tidak mengapa.. tetapi pastinya anda pernah mendengar filem ini disebut-sebut oleh rakan-rakan anda. ‘Tarzan’ kisah seorang bayi yang terdampar hidup di sebuah pulau di dalam hutan dan dibesarkan oleh sekeluarga gorilla dan amat pantas menguasai alam sekelilingnya. Siapa tidak kenal dengan hero ciptaan barat ini…..
Apakah motif sebenar barat menampilkan cerita yang kononnya merekalah yang menjadi hero di setiap pelosok dunia. Memang merekalah yang menguasai dunia dengan kepintaran mereka, namun sedar-sadar mereka hanya menciplak kebijaksanaan umat islam demi kepentingan mereka sendiri.’Tarzan’, kononnya hanya dengan laungannya, semua penduduk hutan akan tunduk dengan kejaguhannya, seorang manusia yang dapat menjatuhkan keganasan seekor ‘cheetah’,menundukkan si bujang senang, menunggang sang gajah, menyelusuri pokok ke pokok, dahan ke dahan sepantas lutong dan kera.Di penghujung kisah apakah pengajaran yang dapat di ambil, selain menanamkan cintakan alam sekitar atau cintilah sungai kita ataupun motif mereka adalah untuk menguatkan lagi teori evolusi Darwin yang kononnya manusia ini terbentuk melalui seekor beruk. Tahukah anda di manakah mereka menciplak kisah-kisah dan semua jalan cerita tentang seorang ‘Tarzan’ ini?..


Lebih 800 tahun yang lampau telah hidup seorang sarjana Islam iaitu Abu Bakar Muhammad ibn Abd Malik ibn Tufail al-Qisi.beliau dikenali sebagai Ibn Tufail, beliau diberitakan hidup sekitar 500-581 Hijrah (1106-1185 M). Di Granada, Andalusia beliau terkenal dalam banyak bidang seperti perubatan, pendidikan,falsafah,kesusteraan dan astronomi.di samping itu beliau banyak menulis banyak buku, tetapi yang berjaya sampai ke hari ini hanyalah satu karangannya yang menjadi tumpuan Timur dan Barat iaitu Hay ibn Yaqzan.
Ibn Tufail tel;ah menulis tentang bagaimana hubungan manusia dengan Allah yang berasaskan perkembangan pemikiran dalam diri manusia sendiri, bagaimana manusia dengan penelitian alam sekeliling boleh mengenali Allah. Dalam kisah Hay ibn Yaqzan, ibn Tufail mengisahkan seorang bayi terdampar hidup di sebuah pulau di satu kawasan khatulistiwa. Kemudiannya Hay dibesarkan oleh sekeluarga rusa sehinggalah memasuki peringkat remajanya. Hay belajar perihal kehidupan, makan dan minum, tidur bersama ‘ibu angkat’nya iaitu seekor rusa, sehinggalah ‘ibu angkat’nya itu meninggal dunia. Dikejutnya ‘ibu rusa’ itu berkali-kali, namun tiada jawapan. Diperiksa nadi dan jantung yang pada pandangan asalnya adalah tempat dan pusat kehidupan, namun hanya ada darah suam yang keluar. Barulah Hay kemudiannya memahami akan erti kehidupan dan kematian, betapa adanya ‘satu kuasa’ yang leboih tinggi dan kuat yang mengatur seluruh kehidupan.
Hay melalui kehidupannya dengan mempelajari apa sahaja fenomena alam di sekelilingnya, berjalan seperti beruang, menutup badan seperti burung, menggunakan alatan seperti panah dan perhubungan  sesama makhluk. Pendeknya, Hay mampu bangkit menjadi remaja dewasa yang kenal erti kehidupan di belantara dan mampu mengaitkannya dengan penciptanya.
Melalui tulisan ini ibn Tufail cuba menganalisis satu persoalan berat iaitu hubungan antara manusia, akal dan tuhan. Beliau mampu mengolah watak Hay yang yang tidak pernah terdedah kepada masyarakat dan manusia. Dengan kehidupan sendiri tanpa bantuan sesiapa namun, Hay dapat mengenal setiap satu menggunakan akal fikirannya melalui pancainderanya, sehinggalah kewujudan yang tinggi yang hanya boleh dicapai oleh akal. Ilmu pengetahuan terbahagi kepada dua iaitu,melalui pancaindera berteraskan penemuan dan penyelidikan secara material dan yang kedua tanpa pancaindera tetapi melalui pendalilan atau pembuktian terhadap sesuatu yang tidak bersifat material.
Kitab Hay ibn Yaqzan ini telah diterjemah ke seluruh dunia dalam bahsa Perancis, Inggeris, Jerman, Belanda sejak abad ke-17 Masehi lagi hingga menjadi ‘best-seller’ pada zaman itu. Maka tidak hairanlah jika ‘Tarzan’ mampu menjadi cerita ‘box-office’. Pun begitu, tidak seperti kisah Hay ibn Yaqzan, ternyata umat islam sendiri tidak menyedari hakikat ini, malahan kisah ‘Tarzan’lah yang menjadi kisah yang terkeluar dari bibir kita untuk membentuk jenerasi mendatang. “ Orang-orang yahudi tidak akan pernah redha selagimana kamu tidak mengikuti agama mereka”
“AWAKENING OF THE SOUL”

Wednesday, July 27, 2011

Jom bersahabat sampai syurga

        Assalamualaikum, lama kita tak berjumpa rasa rindu menusuk ke dalam jantung bila melihat gambar kita bersama bersuka ria, bergembira menyambut ramadhan yang senantiasa dinantikan umat islam sedunia. Bila skrip ini menerjah ke dalam blog batch ni kepada sesiapa yang membacanya rasakanlah kehangatan rasa rindu diri ini kepada kawan-kawan semua.. catatan ini ditulis dengan kehangatn rasa rindu terhadap korang semua, tidak banyak untuk dikongsikan pada catatan ini Cuma sekadar berpesan.. baru semenjak ini sekembali berjumpa sahibah-sahibah di kolej teknologi darulnaim yang tidak berapa jauh dari kolejku Cuma perlu membayar RM6 jika menaiki teksi. Sekembali aku bertemu mereka semua, terfikir aku di dalam kalbu yang sepi siapakah yang akan membimbingku ke syurga jika aku belum bersuami saat ini? Ibu bapa terlalu jauh untuk memerhatikan setiap gerak-geriku di negeri orang. Jadi aku terfikir bahawa apa salahnya aku mencari sahabat yang dia boleh membawaku beriringan ke syurga, tapi aku rasa tak perlu untuk mencari, kerana aku sudah punya teman seperti kalian….
JOM BERSAHABAT SAMPAI SYURGA
      Tajuk saya pada hari ini adalah.. jom bersahabat sampai syurga, sebab teringin sangat nak masuk syurga dengan sahibah yang di sayangi kerana Allah. Sayangi bila bersama berputik rindu bila tiada.. bersama sahibah-sahibah memang menghangatkan tidak kira berapa lama kita berpisah. Bertemu kembali seolah-olah masih muda remaja sedangkan diri meningkat dewasa. Kadang-kadang berkawan rasa seronok tidak tahu tujuan tidak tahu apa yang dikerjakan bersama, tidak tahu apa yang dikejarkan bersama tapi tahu pasti ada akhirnya.. tapi kita semua tahu apa tujuan kita bersahabat kan? bertemu kita kerana Allah,  bertemu kita dengan tarbiyah tapi kita tidak akan terpisah kerana kita bersahabat sampai syurga bersahabat selamanya itulah dia bersahabat kerana Allah. Walaupun kita sekarang terpisah tapi tarbiyah mengikat kita semua.
       Orang yang akan masuk syurga adalah sahabat yang saling menyayangi kerana Allah. Kita semua ada teman yang istimewa di seluruh Malaysia mereka berada di mana-mana. Jom kita sama-sama membina kekuatan cinta dan sayang di antara kita semua semula untuk kita bersama-sama beriringan hingga ke syurga. Jadi kat sisni saya nak ajak jkorang semua supaya kita boleh bersahabat sampai syurga. Teringat dengan kata-kata Hilal Asyraf dalam novel dia, sahabat adalah orang yang sanggup terjun ke neraka apabila kita tergelincir ke dalamnya, dia sanggup terjun untuk menarik kita dan beriringan ke syurga.. persoalannya, apa peranan kita sebagai seorang sahabat sebenarnya?? tepuk dada tanya iman kita? 

Friday, October 22, 2010

sayang kamoo kerana ALLAH

Hari ini aku bertekad, hmm nakj wat ape ek untuk kengkawan kat Matri.. tempat aku pernah menanam benih tarbiyah disana dan sekarang telah aku kutip hasilnya..
   * * * * * 

"alamak lambat pulak masuk kelas hari nih! takpe ah kelas syeikh ibrahim" aku tersenyum dalam hati..
aku menyanbung perjalanan ku ke atas surau, ah terasa diri ini tidak menghormati ilmu. Biarlah...
 Sampai atas surau..  "eh, nabilah ade kat sini?" soalku penuh tande tanya...
    "eh dot ana dari tandas nih....kenapa?  anti tak pergi kelas?" soalnya dengan muka yang kebibungan melihat aku ke atas surau dengan beg dan buku..
     "aduh kantoi lak ngan Nabilah.." getusku dalam hati."eh takde lah ana tertinggal buku kat atas tadi, ana gi amik jap ek"terpaksa aku menipu...
      "ana tunggu anti ye dot."nabilah bercakap sambil memakai stokon hitamnya..
  Aku memandangnya sekilas.."baiklah nabilah.."
   Sedang ana mengambil buku, (buat2 amik buku) ana terfikir. Syaitan memang dah hasut ana untuk ponteng kelas.. Alhamdulillah ada kawan ana selamatkan ana daripada buat dosa dalam majlis ilmu yang wajib ana pergi sebenarnya..Ana teruskan perjalanan untuk ke kelas..Alhamdulillah Syeikh tak sedar yang ana ni sebenarnya pelajar yang lambat ke kelasnya sebab ana datang dengan Nabilah..

* * * * * * 
   "kenapa pandang ana camtu?" soalku pada Aliya..
   "takdelah, macam ada yang tak kena dengan anti, hehehe" menjelingku sambil tergelak.
   "ape yang tak kena dengan ana Aliya?" soalku kebibungan...
   "tak de pape ah, tengok anti hari ni tak tidur dalam kelas, rajin belajar, wat nota. ade pape ke?" soalnya memerli. Tapi aku tidak ambil pusng kerana aku sudah tahu itu hanya gurauan.
    "Aliya ana kan nak pergi Mesir ngan anti, kenalah rajin hahaha" balasku.. kata-kataku hanya di awangan tapi Aliya, di wajahnya penuh impian agar kami dapat pergi mesir bersama. Ada juga terselit sedikit impian aku untuk ke sana bersamanya..Tapi aku tak pasti dengan kata-kataku. Terukir senyum di bibirnya, dan berlalu pergi. Aku kembali menyambung pelajaranku.

    Sokongan daripada Aliya untuk aku terus di Matri, buat aku rasa bersalah. Tapi hanya aku dan Allah je yang tahu. Perancangannya, bagaimana membina kembali tarbiyah di matri. Semangatnya untuk mengenbalikan semula kegembiraan di hati adik-adik di matri. Aku seronok dengan semua itu. Dia begitu bersemangat!  chaiyok!

 * * * * * *

     Hari ini kelas terasa suram. Kengkawan masuk kelas, semuanya tak senyum. "Ah, tension!" jeritku dalam hati... Sahabat pun tinggal yang kemboja je...hehehe ustaz omar dah masuk kelas.Pelajaran bermula.
     Dengar punya dengar, mata jadi kuyu "uish mengantuk" aku berbisik dalam hati. Aku berpaling ke belakang mencari kelibat iffah, 
      "oh, iffah ada," segar pulak rasanya dapat tengok kawan aku yang sorang nih. Aku tersenyum dan dia membalas senyumanku. Aku kembali berpaling ke depan menumpukan perhatian dengan apa yang ustaz omar sampaikan.
      Sejak hari itu aku tahu bagaimana nak mengubati penyakit mengantukku di dalam kelas. Iaitu dengan berpaling ke belakang melihat kawan-kawan tercinta.Tapi sahabat tak boleh la hihihi.
      Lepas abis kelas, Iffah datang ke tempatku "dot kenapa nengok-nengok kami tadi?" soalnya seronok.
      Aku tersenyum dan menjawab " Iffah, kami suka tengok Iffah boleh belajar dengan baik, kalau kami tengok Iffah mesti Iffah tengah belajar dengan tekun, bagi semangat pada kami untuk belajar macam Iffah gak." aku menjawab dengan berhemah kerana sebelum ini dia ada mengadu mengapa dia tidak suka hadir ke kelas, sebab suasana kelas yang tidak selesa membuatnya mengantuk dan tidak mahu belajar.
      Dia tersenyum gembira sambil berlalu pergi.Timbul semangat baru dalam dirinya...

* * * * * * 

      Sayang kamoo kerana Allah, kini aku meninggalakn mereka. Bukan berpisah selamanya tapi berpisah kerana cita-cita. Aku di sini dan kamu di sana dan kita tetap akan meneruskan dakwah ini kan? Rindu gelagat mereka, rindu gelak tawa mereka. tidak lupa k/Syafiani dan Syafikha dan kepada teman luar negara, Indonesia dan kemboja. Ririn, maksurah, Tiya Ulfa. Dan yang lain. Rindu korang sumer!

      Kita berjumpa kerana takdir, kita berkawan kerana kasih sayang, kita bersama kerana hati, kita berpisah kerana cita-cita kita kekal kerana kuatnya ukhuwah, kita bergaduh kerana 1 ikatan. Tapi yang penting semuanya kerana Allah. Bukan mudah untuk berkawan, bukan mudah untuk kekalkan, bukan mudah untuk teruskan, bukan mudah sehingga sekarang. Tapi semuanya kerana Allah.. tanpa Dia tidak mungkin sekarang terjadi. 
* ceretanku mungkin biasa tapi hanya aku sahaja yang mengerti mengapa aku menulis tentang ini*

Friday, September 3, 2010

teman yang bagaimana yang aku pinta

          Hari ini aku dpt msg dari teman aku (rahsia) hmm katenye.. jangan lupakan persahabatn kita..
aku tak bls pun msg dia sebab dia x bagi aku lost contact ngan sorang kawan aku nih.. tapi sebelum nih
aku dah bertanye kabor dah namun jawapan yang diberikan seolah-olah dia sibuk, dah memang dia sibuk nak wat gena lagi ek?? xpe aku tak tersinggung pun cuma kadang aku terfikir.. rindunye aku kat diorang..tapi aku tak tahu sebenarnya diorang lagi rindu kat aku..(perasan plak)..hmm aku mmg salah sbb dah lame benor aku tak msg ngan diorang kdg2aku sekadar menatap wajah diorng kat facebo0k je..hmm nak antar massage..terasa ragu-ragu..hihi

         TEman, andai aku adalah seorang pengembara..akan kujejaki kemana kamu pergi.. memerhatikanmu dari jauh. Ingin saja aku mengejarmu kemana kau berlari...tapi aku juga manusia punya hal sendiri. Punya masalah sendiri.dan punya tanggungjawab sendiri...Aku tahu dimana salahku,aku manusia aku hamba yang lemah..

          Hmm kat sini tak banyak benda pun nak cakap semanyerr..cuma nak ngaku yang diri ini bersalah..
sebenarnya diri ini ada tembok yang susah nak pecah..nak tahu apa dia..??? salah satu dari kelemahan yang  yang sangat lemah iaitu 'ego'.. dengan ego ini banyak benda kita rasa boleh buat tapi tak semestinya kita boleh selesaikan betul tak..??

           Semoga Allah membantu hambaNya yang sangat lemah.

Sunday, August 29, 2010

Buat teman-teman seperjuangan

Dengan nama ALLAH yang maha Pengasih lagi maha penyayang....

Saat aku membuka blog baru ini entah apa yang aku mahu tulis aku tidak tahu.. Tetapi suatu perkara yang telah menyentu sanubariku saat ini. Teringat akan kenangan di tingkatan lima banyak perkara Allah menguji kehebatan iman kita, aku tidak berasa untuk menghadapinya bersamamu namun sejak teman lain pergi jauh aku baru terasa perjuangan ini milik bersama. Baru aku sedar kehidupan bersahabat ini memang payah. Maafkan aku jika aku tidak mampu menguatkanmu tika kau lemah tapi satu pesananku Allah sentiasa mengira setiap perjuangan kita walaupun ianya bagaikan desir angin yang melalui telinga mereka. Mungkin Allah belum mengizinkan ianya berjaya..tapi ketahuilah insya Allah kita berada di pihak yang benar.mereka tidak merasai apa yang kita rasa, berusaha..sekali lagi aku memohon maaf atas ketidak perihatinku kepadamu sahabatku...

semoga ianya menjadi kenangan terindah kita disana....~