Friday, October 22, 2010

sayang kamoo kerana ALLAH

Hari ini aku bertekad, hmm nakj wat ape ek untuk kengkawan kat Matri.. tempat aku pernah menanam benih tarbiyah disana dan sekarang telah aku kutip hasilnya..
   * * * * * 

"alamak lambat pulak masuk kelas hari nih! takpe ah kelas syeikh ibrahim" aku tersenyum dalam hati..
aku menyanbung perjalanan ku ke atas surau, ah terasa diri ini tidak menghormati ilmu. Biarlah...
 Sampai atas surau..  "eh, nabilah ade kat sini?" soalku penuh tande tanya...
    "eh dot ana dari tandas nih....kenapa?  anti tak pergi kelas?" soalnya dengan muka yang kebibungan melihat aku ke atas surau dengan beg dan buku..
     "aduh kantoi lak ngan Nabilah.." getusku dalam hati."eh takde lah ana tertinggal buku kat atas tadi, ana gi amik jap ek"terpaksa aku menipu...
      "ana tunggu anti ye dot."nabilah bercakap sambil memakai stokon hitamnya..
  Aku memandangnya sekilas.."baiklah nabilah.."
   Sedang ana mengambil buku, (buat2 amik buku) ana terfikir. Syaitan memang dah hasut ana untuk ponteng kelas.. Alhamdulillah ada kawan ana selamatkan ana daripada buat dosa dalam majlis ilmu yang wajib ana pergi sebenarnya..Ana teruskan perjalanan untuk ke kelas..Alhamdulillah Syeikh tak sedar yang ana ni sebenarnya pelajar yang lambat ke kelasnya sebab ana datang dengan Nabilah..

* * * * * * 
   "kenapa pandang ana camtu?" soalku pada Aliya..
   "takdelah, macam ada yang tak kena dengan anti, hehehe" menjelingku sambil tergelak.
   "ape yang tak kena dengan ana Aliya?" soalku kebibungan...
   "tak de pape ah, tengok anti hari ni tak tidur dalam kelas, rajin belajar, wat nota. ade pape ke?" soalnya memerli. Tapi aku tidak ambil pusng kerana aku sudah tahu itu hanya gurauan.
    "Aliya ana kan nak pergi Mesir ngan anti, kenalah rajin hahaha" balasku.. kata-kataku hanya di awangan tapi Aliya, di wajahnya penuh impian agar kami dapat pergi mesir bersama. Ada juga terselit sedikit impian aku untuk ke sana bersamanya..Tapi aku tak pasti dengan kata-kataku. Terukir senyum di bibirnya, dan berlalu pergi. Aku kembali menyambung pelajaranku.

    Sokongan daripada Aliya untuk aku terus di Matri, buat aku rasa bersalah. Tapi hanya aku dan Allah je yang tahu. Perancangannya, bagaimana membina kembali tarbiyah di matri. Semangatnya untuk mengenbalikan semula kegembiraan di hati adik-adik di matri. Aku seronok dengan semua itu. Dia begitu bersemangat!  chaiyok!

 * * * * * *

     Hari ini kelas terasa suram. Kengkawan masuk kelas, semuanya tak senyum. "Ah, tension!" jeritku dalam hati... Sahabat pun tinggal yang kemboja je...hehehe ustaz omar dah masuk kelas.Pelajaran bermula.
     Dengar punya dengar, mata jadi kuyu "uish mengantuk" aku berbisik dalam hati. Aku berpaling ke belakang mencari kelibat iffah, 
      "oh, iffah ada," segar pulak rasanya dapat tengok kawan aku yang sorang nih. Aku tersenyum dan dia membalas senyumanku. Aku kembali berpaling ke depan menumpukan perhatian dengan apa yang ustaz omar sampaikan.
      Sejak hari itu aku tahu bagaimana nak mengubati penyakit mengantukku di dalam kelas. Iaitu dengan berpaling ke belakang melihat kawan-kawan tercinta.Tapi sahabat tak boleh la hihihi.
      Lepas abis kelas, Iffah datang ke tempatku "dot kenapa nengok-nengok kami tadi?" soalnya seronok.
      Aku tersenyum dan menjawab " Iffah, kami suka tengok Iffah boleh belajar dengan baik, kalau kami tengok Iffah mesti Iffah tengah belajar dengan tekun, bagi semangat pada kami untuk belajar macam Iffah gak." aku menjawab dengan berhemah kerana sebelum ini dia ada mengadu mengapa dia tidak suka hadir ke kelas, sebab suasana kelas yang tidak selesa membuatnya mengantuk dan tidak mahu belajar.
      Dia tersenyum gembira sambil berlalu pergi.Timbul semangat baru dalam dirinya...

* * * * * * 

      Sayang kamoo kerana Allah, kini aku meninggalakn mereka. Bukan berpisah selamanya tapi berpisah kerana cita-cita. Aku di sini dan kamu di sana dan kita tetap akan meneruskan dakwah ini kan? Rindu gelagat mereka, rindu gelak tawa mereka. tidak lupa k/Syafiani dan Syafikha dan kepada teman luar negara, Indonesia dan kemboja. Ririn, maksurah, Tiya Ulfa. Dan yang lain. Rindu korang sumer!

      Kita berjumpa kerana takdir, kita berkawan kerana kasih sayang, kita bersama kerana hati, kita berpisah kerana cita-cita kita kekal kerana kuatnya ukhuwah, kita bergaduh kerana 1 ikatan. Tapi yang penting semuanya kerana Allah. Bukan mudah untuk berkawan, bukan mudah untuk kekalkan, bukan mudah untuk teruskan, bukan mudah sehingga sekarang. Tapi semuanya kerana Allah.. tanpa Dia tidak mungkin sekarang terjadi. 
* ceretanku mungkin biasa tapi hanya aku sahaja yang mengerti mengapa aku menulis tentang ini*

2 comments:

  1. ada jodoh,jmpa lagi..jgan sedih2..dlu,nk pisah ngn kwan2,rasa sedih jgak.tpi k.aisyh ingtkn, bertemu kerana Allah.berpisah juga kerana Allah. lgi bertmbah air mta ini...huhu..tpi,itulah hakikat khidupan.msing2 pnya arah tjuan..tmbh k.aishah,knpa nk nanges? klu kta berteman krana Allah, kta kne yakin, suatu ri nty kta akn jmp jgak ngn shbt2 sperjuangn kta..insyallah...dot,rndu amp!!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt.

    Dot, bla nak update blog. nak baca ni, jangan lupa datanglah ke blog Fatin sekali.
    follow dan komen la sekali ye :)

    yang merindui dot
    ~Fatin Nabila~

    ReplyDelete