Monday, March 18, 2013

HENSEMNYA




Hensemnya dia bila berjubah dan berkopiah,
Langkahnya pantas menuju tujuannya,
Terlihat kerendahan hati dalam dirinya,
Hidupnya ringkas dan kemas sebagai seorang jejaka.

Hensemnya dia bila berjubah dan berkopiah,
Memberikan senyuman apabila disapa,
Wangiannya semerbak yang menyenangkan,
Untuk bertemu Allah dalam solatnya.

Hensemnya dia bila berjubah dan berkopiah,
Wajahnya mulus disucikan wudhu’,
Membersihkan anggota-anggotanya yang berdosa,
Agar tenang sehariannya.

Hensemnya dia bila berjubah dan berkopiah,
Duduk beristighfar mengenang dosanya,
Menadah tangan memohon doa,
Agar amalan hariannya diterima.

** alamak! Aku dah jatuh cinta…
Nukilan cinta,
namorudottydongsaeng

2 comments: