Monday, March 11, 2013

Mamat tujuh ringgit setengah (mamat RM 7.5o)


Mari baca cerita aku yang boleh dikatakan pengalaman la jugak.. cerita si mamat 7.5o.. beware..beware..
     Pada suatu hari ni, lepas cuti hari raya..kawan aku baru nalik dari kampong halamannya lah. Dia dari kedah, sampai-sampai Kota bharu tu dalam kul 6 petang. Tiba-tiba ada seorang mamat ni kulit sawo matang tegur kawan aku ni dengan buat muka kesian sambil pegang talifon, pahtu dia kata: “ kak..kak saya nak pinjam RM 7.50 boleh tak. Nate cina tu tak nak repair motor saya kalau tak de RM 7.50..saya perlukan duit sangat”. Jadi kawan aku yang agak baik hati ni dan tak tahu menahu ni bagi la kat dia RM 10.o0 sebab dia takde duit kecil. Jadi si mamat 7.50 ni pon mintak no telefon kawan aku ni kononnya pah-pah ni dia boleh jumpe dan bayar balik kat kawan aku ni. Tapi kawan aku ni tak bagi pon, sebab dye rase baik halalkan je daripada bersangkut paut dengan mamat yang entah dari mana. Jadi si mamat ni kononnya nak tunjuk baik dye sembang-sembang la ngan kawan aku ni. Pah tu kawan aku ni nak pergi dah la, mamat tu siap pesan kat kawan aku kalu terjumpa dia mintak la duit balik. Ye lah hutang kan..nak kena pulang balik lah, tapi korang rase ade kemungkinan pulak yang kawan aku nak jumpa balik mamat tu yang entah dari mana. Jadi kawan aku ni pon halalkan je lah.
   Sampai rumah tu die cerita la kat kitorang yang die jumpa mamat 7.50. sembang punye sembang kesimpulannya adalah kawan aku sorang ni dah kena tipu. Yelah bukan apa cuba bayangkan kalau dia jumpa orang lain mintak 7.50 gak, mintak kat 10 orang rasa boleh dapat bape.. kira la sendiri..haha.dan aku rasa tak logik jugak kalau pakcik cina tu mintak 7.50, pandai-pandai la hutang ngan pakcik cina tu.. sedap je dia panggil pakcik cina tu ‘nate’ ada ke patut?
   Sebenarnya ada lagi cerita pasal mamat 7.5o ni, suatu hari ni jugak kitorang ramai-ramai keluar gi KB, tak la ramai sangat dalam 4 orang la.. kitorang pergi GIANT yang kat parkson, di bahagian bawah tu.. kitorang pergi 4 orang jadi pecah la 2 group , senang sikit nak bergerak takkan nak melepek 4-4 orang, aku jalan ngan kawan aku yang pakai purdah, baik sikit lah, ehem..ehem.. sedang asyik beli barang tu, tiba-tiba kawan aku yang pakai purdah tu panggil sambil tengok duit dalam dompet dia, aku pun pergi la kat dia. Dia tengah sembang dengan seorang lelaki pakai baju warna oren, rambut ‘M’ pendek, kulit sawo matang. Laki tu tengok kat aku dye kata: “kak, saya nak mintak tolong sikit, tapi saya bukan orang gila. Nanti kak kata saya orang gila pulak..” aku pun balas lah balik: “tak lah, tak kata pun, nak mintak tolong apa sebenarnya?” Dengan muka kesian dia kata: “ motor saya rosak, cina tu tak nak repair motor saya kalau saya takde RM 7.50, saya nak pinjam duit akak boleh, RM 7.5o boleh tak?” mata dia boleh tahan duk tengok kat dompet kitorang kot-kot ada duit. Aku cepat-cepat sembunyikan dompet aku tu. Ye lah masuk GIANT mana boleh bawak beg.. kena lah pegang dompet begitu sahaja.


     Nak tahu aku buat cam mana, aku pun buat muka kesian jugak. Aku cakap kat dia dompet yang aku pegang tu dompet kawan aku yang sedang membeli di tempat lain, aku ni pegang je dompet tu tapi bukan dompet aku. Sambil tu buat isyarat kat kawan aku yang pakai purdah tu suh blah. Aku mintak maaf la kat mamat tu. Kawan aku yang pakai purdah ni nak bagi dah duit kat dia, dia kata kesian tengok muka mamat tu yang ‘fake’ lagi celup tu, Alhamdulillah aku sampai tepat pada masanya. Tapi yang bengangnya kenapa lah aku tak terpikir nak pergi panggil kawan aku yang pernah kena tipu ngan mamat 7.50 jugak, tapi takut bukan orang yang sama. Dengan pantasnya aku pergi cari kawan aku yang pernah kena tipu tu, bagi tahu la ciri-ciri mamat yang aku jumpa tadi, memang sama. Pahtu, kitorang cari balik tak jumpa dah la. Lambat sikit je tindakan aku tadi. Kot lah nak guna kemudahan yang dah ada, hp!..adui lambat sikit je.. Ingat nak pergi belasah sama-sama hahaha..
   Nak dijadikan penulisan ini bermanfaat kepada sesiapa yang baca blog aku yang tak seberapa ni, yang baru-baru lagi kat Kelantan, ha jaga-jaga lah..berhati-hati dengan orang macam tu. Jangan sebab nak tunujuk baik, diri sendiri kena tipu, rasa ramai je orang yang dah kena. Sebab aku buat  kesimpulan dia cari orang yang muka cam baik, budak tudung labuh, hok pakai purdah dsb. Golongan yang bertudung labuh, muka baik ni lah yang selalu jadi mangsa alahai, kesian la.. Ye lah, aku boleh dikatakan tergolong jugak dalam kalangan orang yang bertudung labuh, tapi aku tak lah baik mana nak bagi duit kat orang begitu sahaja. Jadi nasihat aku biarlah bertudung labuh, kita tahu apa yang berlaku di sekeliling kita, pengalaman itu mengajar kita berdikari kan? Sebagai umat Islam, jangan jadi bodoh..sebab masyarakat sekarang tak pandang pada orang yang tiada ilmu. Sekurang-kurangnya kita alert pada environment kita ewah!..
  Ok, setakat ni je lah penulisan aku, kepada semua jom bagi makan ikan yang aku bela kat bawah tu.. terima kasih ye bagi makan kat die, korang tekan je kat skrin tu nanti kuar la makanan dye..ok2 jgn bagi banyak sangat nanti kembung pulak perut diorang, k, terima kasih..
Nukilan sang rajin,
Namorudottydongsaeng

1 comment:

  1. haha syok bg ikan ko makan dot. sampai kembong perot dorang dibuatnye..

    ReplyDelete