Monday, March 11, 2013

JANGGUT OH JANGGUT


Sebagai muqadimah:

       Sejak dua tiga menjak ni aku rajin pulak gi perpustakaan kat kolej aku ni. Bukan nak cari bahan nak buat assignment ke thesis ke apa, saja baca buku tambah pengetahuan, dulu aku naik perpustakaan untuk tidur je, sebab sejuk, aman damai tapi kurang selesa. Dulu aku pernah pinjam buku pengembaraan Ibn Bathuta, tapi tak sempat nak baca pun. Hahaha gelak untuk kepoyoan diri sendiri. Tapi ada satu hari ni aku cari-cari buku jumpa lagi buku ibn Bathuta tapi versi lain pulak, versi yang tak boleh dipinjam, tapi versi rujukan. Try test la baca buku tu, tapi series memang best, aku tak tahu apa beza buku yang aku baca sekarang dengan buku yang aku pinjam dulu. Nak dijadikan cerita, aku terbaca satu kisah yang agak menarik.
       Tajuk dalam buku tu tulis “janggut Syeikh Jamaluddin”.. tapi aku cerita dulu kenapa ye.. Ibn Bathuta ni datang kepada sebuah kampong ni dan dia ada terjumpa sebuah kumpulan yang dipimpin oleh seorang pemimpin iaitu Syeikh Jamaluddin, tapi nama kumpulan ni “Qalandariyyah” diorang semua telah mencukur janggut dan bulu kening diorang, cuba korang bayangkan orang takde bulu kening..aishh.. tak pelah yang tu.. nak tahu kenapa diorang cukur janggut dan bulu kening diorang..
      ** Diceritakan bahawa punca yang menyebabkan Syeikh Jamaluddin al-Sawi mencukur janggut dan bulu keningnya adalah kerana beliau seorang yang segak serta tampan dan seorang wanita penduduk Sawah telah jatuh cinta kepadanya. Wanita ini sering mengutuskan surat dan menghalang perjalanan Syeikh Jamaluddin. Wanita ini sentiasa menggodanya namun Syeikh Jamaluddin sering enggan melayannya. Disebabkan kebingungan kerana Syeikh Jamaluddin sering menolak, wanita ini menggunakan suatu tipu helah. Dia meminta seorang wanita tua berdiri di luar sebuah rumah yang dilalui oleh Syeikh Jamaluddin untuk pergi ke masjid. Wanita tua itu yang membawa sepucuk surat menahan Syeikh Jamaluddin ketika beliau lalu di situ, sambil berkata, “ Wahai tuan, adakah kamu pandai membaca?” Jawab beliau, “ya” Wanita tua tersebut berkata lagi, “ Surat ini dihantar oleh anakku dan aku suka jika tuan dapat membacakannya.” Jawab Syeikh Jamaluddin “Baiklah”. Apabila beliau membuka surat itu, wanita tua tersebut berkata lagi, “Wahai tuan, anakku mempunyai seorang isteri dan dia berada di serambi rumah. Aku harap tuan sudi untuk memvacakan surat ini di antara dua buah pintu (luar dengan dalam) rumah supaya dia juga dapat mendengarnya.” Syeikh Jamaluddin pun bersetuju. Walau bagaimanapun, ketika beliau berada di antara dua buah pintu itu, wanita tua tersebut terus mengunci pintu. Wanita penggoda itu pun membawa keluar jariah-jariahnya dan mereka menangkap Syeikh Jamaluddin lalu menolaknya ke dalam bilik. Wanita tersebut memujuk rayu dan menggoda beliau. Apabila Syeikh Jamaluddin meyakini bahawa sudah tiada jalan lagi untuk menyelamatkan diri, beliau pun berkata kepada wanita penggoda itu. “baiklah aku akan lakukan apa yang kamu ingini. Tunjukkanlah aku bilik air!” Wanita tersebut lantas menunjukkan bilik air dan Syeikh Jamluddin pun masuk dengan membawa air. Pada waktu itu, beliau mempunyai sebilah pisau cukur yang baru dan beliau lantas mencukur janggut serta bulu keningnya. Kemudian beliau keluar mendapatkan wanita tersebut. Wajahnya yang hodoh dan menjelikkan wanita iatu, wanita itu mencaci dan menghina perbuatan Syeikh Jamaluddin serta mengarahkan supaya beliau di bawa keluat. Dengan tindakan tersebut, Allah s.w.t melindungi dirinya dan Syeikh Jamaluddin kekal dengan rupanya itu selepas peristiwa tersebut. Sejak itu, pengikut-pengikutnya mengikut tindakan Syeikh Jamaluddin dengan mencukur kepala, janggut dan  bulu kening mereka.**
      Orang yang ada janggut ni hensem kalau pandai jaga kan, aku pon agak berminat ngan orang yang ada janggut ni haha kantoi, apa salahnya minat kepada orang yang mengamalkan sunnah ni. Siapa setuju orang ada janggut ni hensem?, dan mampu menjaga janggutnya dengan rapi. Bak kata mak aku la orang ada janggut ni muka macam alim sikit..


      Kisah ini lebih kurang sama dengan kisah pemuda hensem yang digoda wanita untuk berzina, akhirnya beliau melumur badannya dengan najisnya sendiri untuk melepaskan diri dari godaan dan perangkap wanita tersebut, Akhirnya beliau berjaya melepaskan diri dan Allah s.w.t mengurniakan kepada pemuda tersebut badan yang sangat harum.
       Subahanallah, bestnya dapat jumpa lelaki macam ni.. hahaha, mesti korang tak puas hati baca, sebab bukan pasal janggut pon..tapi cerita pasal jejaka-jejaka. Hahaha sekian terima kasih!..
-namorudottydongsaen

1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete