Saturday, March 16, 2013

kecemburuan adalah tanda dari kekuatan cinta


Kecemburuan adalah tanda dari kekuatan cinta, dialog ni aku ciplak kat satu cerita indon ni, aku tak ingat pulak tajuk dia. Tapi dialog ni memang menusuk ke jantung dan sanubari aku, ye lah sanubari aku ni pun bukannya senang-senang nak dicucuk-dicucuk cesh..
    Kepada orang-orang yang sedang bercinta, couple ke..hangat bercinta ke sejuk bercinta ke aku tak rasa kata-kata ni untuk korang, huhu mintak maaf.. sebab aku rasa kata-kata ni sesuai untuk orang yang dah kahwin je, ataupun untuk orang yang nak melangkah ke alam perkahwinan, ye lah sebab orang-orang yang dah kahwin ni ada ikatan yang sah. Pastu yang nak melangkah ke alam perkahwinan ni, diorang ni kenalah pastikan alam perkahwinan yang diorang akan bina tu bahagia. Betul ke? Rasa macam confius je dengan statement sendiri ni..


     Tidak mengapalah, ini kecemburuan adalah tanda kekuatan cinta versi aku, kalau versi korang, korang reka sendiri lah hehehe.. aku pernah dengar satu statement dari seorang ustaz kat tv, suatu ketika dahulu la,, untuk orang-orang yang berkahwin ni, antara suami isteri ni kena ada perasaan cemburu, kalau tak de tu dah kira parak la tu. Tapi jangan la cemburu meng’khinzir’ buta a.k.a membabi buta.. jadi aku gunakan statement ustaz tu untuk aku simpulkan statement aku pasal cemburu ni, pastu untuk pasangan-pasangan bercinta ni korang tak payah la nak bazirkan perasaan cemburu korang tu pada orang yang belum tentu jadi milik korang. Ye lah mana kita tahu jodoh kita..bukan kita sendiri yang tentukan, semua tu kerja Allah. Korang duk hangat bercinta, jeles-menjeles, sedih la bagai, korang tak rasa ke tu membazir.. aku tak nak cakap banyak lah nanti Allah uji aku pulak. Nasihat aku la, cemburu biarlah pada yang benar-benar menjadi hak milik kita, kalau perempuan-suami..kalau lelaki-isteri..betul tak? Kalau ikatan-ikatan lain tu no  comment..
       Semoga penulisan ini bermanfaat untuk aku, dan orang yang membacanya. Terima kasih atas segalanya.
Nukilan kasih dari,
                                                                                                                     namorudottydongsaeng

No comments:

Post a Comment