Friday, May 18, 2012

Tentang ciptaanNYA

   Bila aku rasa rajin nak menulis dalam blog untuk bulan ni..banyak la post yang aku boleh buat hahahaha... kali nie aku nak cerita tentang seekor binatang yang banyak bagi aku pengalaman indah ngan kengkawan aku.. firstly, ianya adlah seekor KATAK... hahahaha ramai orang takut katak sebab geli dengan badan die... tapi aku okey je... stabil lagi..


  tadi dalam perjalanan pulang dari kampung aku kat rengit, batu pahat, Johor. aku lalu la sebuah sekolah menengah agama dalam perjalanan tu tetibe ingatan aku terimbau satu kenangan waktu kecil-kecil dulu.... rumah atuk aku banyak katak kalau lepas hujan, sibuk la pakcik aku dok menyakat anak sedara dia dengan katak, yang bestnye dia boleh pegang katak tu tanpa menyebabkan dia kencing...ye la kan orang kata ataupun fakta sains yang mengatakan air kencing katak kalau kena kat mata boleh menyebabkan buta, pakcik aku kata kalau salah pegang dia mungkin dia akan kencing, jadi pakcik aku pegang katak dengan cara yang macam mana?? hehehe confius aku dibuatnya... okey, jadi kitorang ni dok pakat-pakat cari katak untuk dikumpulkan.. Abah aku pulak tak bagi katak ni dibuang ke luar rumah begitu sahaja, jadi dia ambil plastik dan masukkan katak-katak tersebut ke dalam plastik.. tak bayak pun dalam tiga ekor dari spesis yang sama.. dalam perjalanan balik tu abah aku bawak sekali katak tu dalam van, aku pelik nak buat apa?? sampai kat sekolah agama tu abah berhenti, pastu abah aku ambil plastik katak tu bukak ikatan dye dan lepaskan katak tu dalam sungai.... sungai depan sekolah la... kisah lama saja nak cerita . Bila akku balik kampung je, aku mesti teringat kat katak yang pakcik aku pegang tu..muka dye cam comel je..hahahaha....
     Kisah kedua pulak, dulu aku sekolah menengah malam-malam kitorang akan buat row-call, iaitu berkumpul dan membaca al-Mulk sebelum tidur... suatu hari ni..tengah sibuk berkumpul dan baca surah al-Mulk.. tetiba kengkawan aku menjerit..sebab apa? rupanya ada katak kat tempat diorang ye lah mana nak perasan warna sama je ngan tar tu... jadi aku pun bertindak la sebagai hero untuk menstabilkan keadaan yang tidak stabil tu,, aku pun dengan beraninya capai plastik kat tepi aku yang entah sapa punya dan aku pun tak tahu cam na plastik tu boleh ada kat tepi aku.. dengan beraninya ni, aku pegang katak tu beralaskan plastik tu... hehehehe kengkononnya nak buang la, bila aku pegang dan angkat je katak tu.. aku pusing aku rasa panas je kat plastik tu dan ada air menitis dari celahan plastik..tapi tangan aku tak basah la.. rupanya katak tu kencingkan aku, walaupun tak kena kat aku.. aku pun cepat-cepat baling katak tu.. dan aku terfikir tentang apa yang pakcik aku cakap, katak akan kencing kalau kita salah pegang..hurmmm biarlah yang penting aku dah jadi hero..
      kisah ketiga pulak, aku ngan kengkawan aku nak sambut birthday seorang kawan kitorang yang kiut miut ny... kitorang pun merancang nak bagi suprise dengan menghadiahkannye seekor katak..yeay!! okey, suprise akan dibuat pada 12.00 malam jadi misi mencari katak adlah pada jam?? lepas maghrib.. lepas maghrib tu kitorang turun, tunggu bawah pokok cari katak..memang tak senonoh betul..dalam 20 minit kitorang dengar bunyi katak dalam longkang, apalagi kecoh la nakl mencarinya pulak... sorang kawan aku ni cam aku la jugak, tapi lebih beraninye pun adui.. dye tangkap dan terlepas..tapi dapat tangkap semula.. yang bestnye kawan aku ni boleh belai-belai lagi katak tu, tapi agak sedih la jugak sebab kitorang bukan tangkap katak pun, yang kitorang tangkap tu adalah "PRINCE FROG" ..hahahaha bohong je.. sebenarnya kodok.. gemuk gile kot...


      kisah keempat adalah sesi pembedahan katak pada tingkatan empat..best betol.. aku malas nak tulis panjang-panjang...hehehe memula sesi penangkapan katak..waktu tu aku bukan kelas sains tapi aku bekas kelas sanis dan aku join sesi pembedahan tu sebab aku belajar sikit-sikit... lepas penangkapan, esoknye sesi pemengsanan katak..lepas dah pengsan, lebih kurang bius la.. sesi pembedahan..memang terbaik la katak tu.. kitorang dah bedah dan dah tahu semua isi badan dia jadi, kitorang tak diajar untuk menjahit semula kulit katak tu jadi..kitorang terpaksa bunuh je.. dlam 1/2 jam gitu la.. sesi pembedahan habis, bila nak buangkatak tu tetiba dia bergerak..alamak!! kesiannya badan dah koyak rabak takkan nak bagi dia hidup dalam keadaan cam tu.. kawan aku yang sorang ni kejam macam dalam happy tree friend tu potong tangan dye.. tapi jantung masih bergerak dan katak tu nak melepaskan diri..aaarrghhh!! macam mana?? aku cakap kat dye bunuh tross, cucuk jantung dye.. kejam giler aku waktu tu...makanya kawan aku mencucuk-cucuk jantung katak tersebut tanpa melihat ke arah katak dan terus membuang katak dan polestrin tadi.. darah memancut..dan.. aku pun tak tahu apa nasib katak tu....huuuu
     

     kembali ke dalam kereta yang aku balik kampung tadi..aku tanya mak ngan abah..dalam kereta ada kitorang tiga orang je.. aku tanya mak."mak, apa yang kita sebagai manusia boleh belajar pada seekor katak..??"
    mak aku jawab, "entah, mak pun tak pasti..apa dia?" kononnya mak menyangka aku nak uji mak.. padahal aku pun tak tahu tu yang aku tanya...
     "mana dot tahu, tu yang dot tanya mak..hehehe"  aku cakap kat mak aku.
lepas tu abah nak jawab soalan aku tadi.. abah jawab." katak makan nyamuk.."
      "apa yang kita boleh belajar dengan makan nyamuk??, tak kan nak makan nyamuk jugak..hehehehe" aku cakap dan gelak dalam hati je lah..tanda aku kebingungan....
 lepas tu abah tanya aku satu soalan best.. " apa yang dot boleh belajar daripada seekor kura-kura?"
ye lah aku kan bela kura-kura, jadi abah tanya la soalan camtu kat aku...
      aku jawab. "entah, hehehehee"
abah jawab dengan panjang lebar." kura-kura ni adalah seekor binatang yang tawadhu'.. rendah diri.. slow je..kita tengok dia pun rasa kesian.. salah satu sifat yang kita patut contohi dari kura-kura adalah sifat tawadhu' dan rendah diri.."
     aku diam je.... "betul la apa abah cakap" aku yang selama ni bela kura-kura tak pernah tahu apa yang nak dipelajari dari ciptaan Allah yang sangat indah tu... jauh aku pikir pasal katak.nanti aku cari apa yang aku boleh pelajari dari seekor katak sebenarnya.....hahaha


Allah menciptakan makhluk bukan sia-sia. Banyak pelajaran yang kita perolehi dari ciptaan Allah kat muka bumi ni... hatta dari seekor nyamuk dan lalat... semua Allah cita bukan sia-sia... khinzir pun Allah cipta untuk kita tahu apa yang elok untuk kita dan apa yang tak elok untuk kita.... kalau semua elok, nanti kita tak dapat nak bezakan mana yang elok dan mana yang tak elok..betul tak.. so, perhatikanlah ciptaan Allah, pelajari darinya, dan kenali diri Allah melalui ciptaanNYa.. Subhanallah....

                                                    Nukilan Indah
                                                Nadhirah a.k.a Dot
   

1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete